Post Terkini

Friday, May 31, 2013

Ayam masak lemak cili api

Dah lama tak masak gulai ayam.. lagi-lagi versi negeri sembilan..  pernah sekali bercerita dengan member pasal buat gulai.. last-last kena gelakkan.. adehla.. sebabnya kami masak tak letak bawang, confirm x sedap.. sabo jela.. belum cuba belum tahu.. itulah kepakaran orang negeri sembilan tau..
ok nak share resepi masak lemak cili api versi orang nogori.. cuti-cuti sekolah ni bolehla main masak-masak.. kalau tidak, masak kat kedai la jawabnye.. hehehe


BAHAN-BAHAN :

1 kotak (200 ml ) santan 
5-6 ketul ayam
2-3 biji kentang
5-10 bii cili api - ditumbuk (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
1 1/2 inci kunyit hidup -ditumbuk
3 batang serai -diketuk
Air secukupnya 
Garam secukupnya
1 keping Asam keping

CARA-CARA :
  1. Masukkan air, cili api, kunyit hidup, serai dan kentang ke dalam periuk.. Masukkan juga sedikit santan. Biarkan seketika sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan ayam,garam asam keping dan juga lebihan santan. Kacau sentiasa bagi mengelakkan pecah minyak. 
  3. Setelah ayam dan kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan dihidang bersama nasi putih dan sawi goreng :)


Thursday, May 30, 2013

Sambal petai dengan sup sayur

menu lunch merangkap dinner isnin hari tu..  lama tak makan petai.. sekali dapat memang terangkat.. perghhh... mmg sedap..

punya x sabar nk mencekik, terus snap gambar dalam kuali.. sedappnye.. alahai teringat2 plak.. 
yang ni plak sup sayur.. produk dari cameron highland
setelah dipindahkan ke mangkuk untuk dihirup.. slurppp  

Nak resepi tak?? x nak sudah.. tapi tetap nak share, mengisi kelapangan cuti sekolah walau keje sekolah melambak2 yang dibuat x nampak

SAMBAL PETAI IKAN BILIS
Bahan-bahan :
3 biji bawang besar , dihiris
1 ulas bawang putih, didadu
2 senduk cili kisar
2 - 3 genggan ikan bilis
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Gula (optional)
2 cawan air

Cara membuat  :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.. Agak-agak kekuningan masukkan pula cili kisar.. kacau hingga pecah minyak
  2. Masukkan pula  air secukupnya dan asam jawa.. kacau sekejap dan masukkan ikan bilis
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ikan bilis betul-betul lembut, jika air kering bolehla ditambah lagi. masukkan sekali garam. boleh juga ditambah gula untuk mengimbangi rasa pedas dan masin
  4. Akhir  sekali bolehla dimakan bersama sup sayur dan nasi putih :)
SUP SAYUR
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih -didadu
1/2 ikat daun lobak
3 biji baby carrot
2 peket kecil cendawan
1/4 kiub ayam knorr
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara membuat:
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan air dan  kiub ayam setelah bawang putih kekuningan.
  2. Setelah agak-agak mendidih, masukkan baby carrot hingga hampir empuk.
  3. Akhir sekali masukkan  cendawan dan daun lobak.. jangan lupa letak garam. bolehlah diangkat jika cendawan benar-benar lembut.

Tuesday, May 28, 2013

versi 4 : cameron highland


2009 -Honeymoon

2010-  ngan bang man sekeluarga
2012 - busu, acik dan bang man
2013??? kami, pak tam dan pak long sekeluarga.. percutian yang lebih relax dan santai.. dan percutian yang x berapa nak best  sbb aku kna gastrik.... sadisss

cam biasa sampai2 mesti nak berhenti kat cameron valley dulu kan.. melepaskan lelah..

yang ni kat ladang boh sg palas.. diorg ngah duk ngutip daun teh la tu..

kami sekeluarga

afiq si bam bam ngah tengok apa tu??

happy family

pak long aka busu 20 tahun akan dtg, paktam aka busu 10 tahun akan datang, busu sekarang..hehehe.. dah nampak dah wajah tua suami i

rumah di kaki bukit ladang teh.. nice

shopping time

gerai org asli.. singgah beli petai je pun.. mahal gile rm11.. hahaha first time beli petai ingatkan dah okla harga dia.. sekali mak tam kata selalu dalam rm3-4 je.. xpela sedekah je..

pokok ayam mas.. fungsi??merawat luka

ok.. trip kali ni x banyak nak ulas.. sebab dah 4 kali dtg kan.. so lebih pada nak bawa kaum kerabat je dtg sini sambil menikmati suasana nyaman.. skrg semua kawasan construction semua dah dibuka.. kedai2 org asli otw nak ke cameron pun dah terbina cantik.. pastu ada 2-3 buah kawasan baru sebelum sampai ke cameron valley.. cakap ngan en suami, lepas ni kalau datang sini nak dtg saje je.. sewa semalam dua, lepak2 masak2.. berhibernasi dalam rumah..mmg best.. owh kat sana sejuk giler masa kitorg dtg, maybe sebab hujan kot.. tp pak tam kata x sejuk sgt.. org lain berstokin sweater bagai dia boleh pakai singlet ngan kain pelekat je.. hebat sungguhla..
so trip seterusnya?? untuk uda ngan uteh plak cadangnye.. tp kite tempat lain nak tak?? tp kalau nak kat sini juga kami suami isteri on saje.. tetiba terniat nak jadikan cameron highland ni kg halaman leh tak.. beli apartment sebiji kat puncak arabella.. survey2 harga dalam 230k.. so sedara mara nak dtg leh la lepak kat sini..hahaha tp angan2 je dulu.. angan2 kan pencetus langkah seterusnya..amin.. k, tata.. next trip.. bukit fraser on julai... jalan2 la tahun ni