Resepi mee hailam (2-3 org) :
Bahan-bahan :
250 g mee kuning (dicelur)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang merah (dicincang)
1 sudu besar cili kisar
2 ekor sotong (potong bulat)
dada ayam (potong dadu)
5 biji bebola ikan
1/2 ikat sawi
3 batang putik jagung
1 sudu cili sos
kicap kipas udang secukupnya
1 sudu tepung jagung (aku guna tepung biasa je, sbb tepung jagung takde)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
- Masukkan ayam, sotong dan bebola. Tambahkan garam. Kacau sebentar
- Masukkan pula putik jagung dan sawi, sos cili, kicap dan sedikit air untuk kuah.
- Untuk memekatkan kuah tuangkan tepung jagung(dibancuh dengan air) mengikut kepekatan kuah yang diingini dan kacau.
- Apabila kuah sudah pekat bolehlah diangkat dan dituang ke atas mee
** Bahan-bahan sampingan terpulang pada korang nak letak apa.. Yang asasnya bawang,kicap, sos,garam dan tepung jagung.. Selamat mencuba resepi mudah tetapi hasilnye umphhh...
2 comments:
hai.. salam kenal,
follower no.81
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
wah bole cuba buat la utk menu berbuka nanti..menyelerakan ni..hehe
Post a Comment