Alhamdulillah.. dah Ramadhan ke 12.. ada lebih kurang 16/17 hari lagi nak kena tempuh.. Setakat ni puasa penuh lagi.. Minggu ni??? Hehe x pasti.. Biasalah orang perempuan kan.. Macam biasalah.. bulan puasa ni menu kena rancang siap2.. senang nak beli barang basah.. takdelah membazir je kalau main beli je kan..So Ramadhan ke 10 hari tu berbuka dengan family abang ipar dari melaka. Diorang datang nak menghantar barang-barang Akmal. Akmal anak sulung diorang. Dapat kerja kat Klang, so sementara nak stabil duduk dengan kami dulu.. So apa yang kami berbuka ramadhan lepas??
Ramadhan 10 : Rendang Ayam (air tangan biras aku) , Gulai Ayam (order dari K.Asmah), ikan pari bakar (Param), buah tembikai (param), lengkong (param), sayur kobis (ni je yang aku masak)
Ramadhan 11 : Mee Bandung
So untuk perancangan minggu ni pulak
Ramadhan 12 : Sup cendawan dan ikan cencaru bakar
Ramadhan 13 : Tomyam seafood + telur dadar + kailan ikan masin
Ramadhan 14 : Asam pedas ikan merah
Ramadhan 15 : Sardin masak lemak cili padi
Ramadhan 16 : Mee Hailam
Setakat ni jelah perancangan aku.. yang lain-lain kena fikirkan dulu.. Selamat berpuasa semua..
No comments:
Post a Comment