Post Terkini

Wednesday, June 24, 2015

Pes asam pedas

asam pedas sedap
Pes asam pedas
Nampak tak gambar kat atas tu....huhu kalau x nampak silalah buat rawatan mata ye.. Yeehuuuuu daku berjaya buat pes asam pedas ...Sedap plak tu..chewahhhh puji diri sendiri plak..Haha x kira, nak naik bakul angkat sendiri juga..

Pes ni adalah hasil perkongsian dengan Kak Mimie.. kawan group endosisters aku..Alhamdulillah ramai kawan, banyak pengetahuan..bukan setakat bab2 sakit kitorang ni je tau..  Yang penting, penat kau menumis.mengisar  sekali je.. lepas tu memudahkan kerja kau untuk beberapa kali masak.. sap sap soi siap..

Alhamdulillah, k.mimie pun bagi gak share resepi ni.. Bak kata dia sharing is caring.. So meh sini nak share kat korang2 semua pembaca sekalian..

Resepi asal : Kak mimi endosister
Bahan-bahan :

  • 4-5 senduk cili kering blender
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji (bukan ulas) bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 ulas kunyit hidup/3 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 biji buah keras
  • Belacan (optional)


Cara-cara:

  • Blender semuanya, kemudian tumis dan masak dengan api sederhana perlahan sampai cili garing. Bila dah siap sejukkan dan simpan dalam freezer..  
  • Kalau nak buat untuk 2-3 orang makan, bolehlah ambil 4-5 sudu besar dari pes tersebut..


Cubalah jangan x cuba.. Korang x kan menyesal punyalah,, Yang penting pes asam pedas ni memang terbaik.. Tak perlu beli2 dah.. Buat sendiri je supaya jadi asam pedas yang sedap dan menyelerakan.

No comments: