Post Terkini

Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

Asam pedas sedap

Berkisar daripada entry aku di sini so terhasillah asam pedas sedap menepati piawaian aku dan paling penting en suami.. Bertambah nasi kami.. Alhamdulillah

asam pedas sedap
Asam pedas ikan pari

So bila dah ada pes segalanya sangat mudah..
Cara-caranya pun sangat simple.. Meh aku kasi share resepi dengan pes asam pedas..

Resepi asam pedas (2-3 orang makan)

Bahan-bahan : 

  • 4-5 sudu besar pes asam pedas
  • 4-5 potong ikan pari
  • daun kesum
  • air asam jawa ( aku letak asam keping ngan perahan jus limau nipis je sbb xde stok asam jawa)
  • tomato
  • garam secukupnya
  • air (agak2 la kuah cukup utk 2-3 org)


Cara-cara : 
Campur semua bahan kecuali ikan dan tomato .Didihkan. Kemudian masukkan ikan dan tomato. Dah masak bolehlah tunggu waktu berbuka untuk dihidang.

asam pedas
Kasi zoom sket
Maka siaplah asam pedas aku..Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tak perlu nak beli yang segera.

Wednesday, June 24, 2015

Pes asam pedas

asam pedas sedap
Pes asam pedas
Nampak tak gambar kat atas tu....huhu kalau x nampak silalah buat rawatan mata ye.. Yeehuuuuu daku berjaya buat pes asam pedas ...Sedap plak tu..chewahhhh puji diri sendiri plak..Haha x kira, nak naik bakul angkat sendiri juga..

Pes ni adalah hasil perkongsian dengan Kak Mimie.. kawan group endosisters aku..Alhamdulillah ramai kawan, banyak pengetahuan..bukan setakat bab2 sakit kitorang ni je tau..  Yang penting, penat kau menumis.mengisar  sekali je.. lepas tu memudahkan kerja kau untuk beberapa kali masak.. sap sap soi siap..

Alhamdulillah, k.mimie pun bagi gak share resepi ni.. Bak kata dia sharing is caring.. So meh sini nak share kat korang2 semua pembaca sekalian..

Resepi asal : Kak mimi endosister
Bahan-bahan :

  • 4-5 senduk cili kering blender
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji (bukan ulas) bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 ulas kunyit hidup/3 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 biji buah keras
  • Belacan (optional)


Cara-cara:

  • Blender semuanya, kemudian tumis dan masak dengan api sederhana perlahan sampai cili garing. Bila dah siap sejukkan dan simpan dalam freezer..  
  • Kalau nak buat untuk 2-3 orang makan, bolehlah ambil 4-5 sudu besar dari pes tersebut..


Cubalah jangan x cuba.. Korang x kan menyesal punyalah,, Yang penting pes asam pedas ni memang terbaik.. Tak perlu beli2 dah.. Buat sendiri je supaya jadi asam pedas yang sedap dan menyelerakan.

Tuesday, October 21, 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak

Yeayyy.. Akhirnye.. Dapat jugak aku buat asam pedas yang super sedap.. Happy tak terkata rasanya.. Lagi-lagi bila tengok en hubby makan tanpa letak kicap.. Nampak sangat asam pedas ikan jenahak buatan tangan aku ni sedap kan..Hehe naik bakul angkat sendiri nampak.. Tapi seriously sedap, dan yang paling best hirup kuah dia je pun best.. Yess.. pas ni leh la buat lagi kan..

asam pedas ikan jenahak
Asam pedas ikan jenahak
Dan aku sangat-sangat berterima kasih pada blogger kak yatie sebab sudi berkongsi resepi asam pedas ni kat blog beliau. Tanpa resepi dari dia, tak mungkin aku boleh buat asam pedas yang sedap ni.. Walaupuas belajar ngan biras n kak ipar cara masak asam pedas tapi tetap x umphh.. Tapi hari ni dengan bangganya aku kata, "Yes, i make it".. Happy kau.. tengah masak pun dah tersenyum-senyum..

Ok tak nak panjang cerita aku share resepi asal dari blogger Sinar Kehidupan ni. Nanti korang boleh try kalau agak2 asam pedas yang korang buat selama ni tak memenuhi piawaian yang dikehendaki..

Resepi asal : (blogger k.Yatie)

Bahan-bahan : 
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - dipotong (aku guna 2 potong ikan jenahak)
  • 2 biji tomato - belah 4
  • secekak daun kesom
  • 1 batang bunga kantan - belah dua  (yang ni aku tak guna sebab tak ada dalam stok aku)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3sb asam jawa, bancuh dengan 1/2 cawan air)  (aku pakai yang pati asam jawa ADABI tu)
  • Garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar : 
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah  (aku x guna bawang merah, gantikan ngan bawang besar je.. so aku guna 2 biji bawang besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar (aku x bakar sebab malas)
  • 1 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dalam 4 cawan
Cara-cara : 
  1. Ikan disiang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah kacau.
  3. Masukkan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. Tambahkan air dalam 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

resepi asam pedas sedap
Asam pedas sedap
Dimakan pula bersama sayur sawi, telur dadar ngan daging dendeng.. Memang terangkat beb..
Bahan-bahan yang aku guna memang 100% dari apa yang tulis di atas.. Dan aku tak tau apa yang menyedapkan asam pedas ni.. Sebab masa menumis pun dah bau yang sangat sedap. Padahal masa tu belum letak cili, daun kesum ngan serai lagi.. Tapi bau dia memang dah ada bau asam pedas.. Mungkin sebab lada hitam kah?? Sebab aku tak pernah guna untuk masak asam pedas. Serai pun tak pernah. So aku pun x tau apa punca kesedapan ni.. Tapi aku berani jamin resepi asam pedas ikan jenahak ni memang terbaik.

Nak bukti??? Nahh.. pagi tadi aku buat cicah ngan roti.. Mana pernah aku makan asam pedas cicah roti.. Selalu makan dengan nasi je.. Dan kuah tu pun aku boleh hirup je dari mangkuk.. Hahaha... x senonoh kan.. Tapi sedap punya pasal, layankan aje..


asam pedas dengan roti
Cicah roti ngan asam pedas
Haishhh.. rasanye banyak kali aku announce tentang asam pedas sedap ni.. Hahaha bukan nye nak riak.. tapi excited kau.. Sebab aku suka makan asam pedas..tapi bila buat tu macam tak puas hati plak rasanye.. Sekali buat guna resepi asam pedas kak yatie memang menjadi la.. Terbaikk... Part yang paling best bila en suami kata, "kalau ayang masak macam ni selalu mesti abang makan banyak", berbanding ayat "sedap, tapi macam ada yang kurang" atau "sedap tapi tak sama macam  si anu bt si polan buat"..   Syukurr :)




Thursday, July 18, 2013

Asam pedas

Asam pedas dalam bekas ni untuk kawan aku.. kitorang buat schedule masak berbuka bergilir2.. so takdela penat sgt setiap hari nak berbuka.. so hasil testimoni en suami dan kawan aku, maka nye bolehlah aku share ngan korang kan.. cara aku masak asam pedas ni simple je, ikut apa bahan yang ada.. tp aku akan bagi resepi yang aku rujuk dari guru online kak ana suzana.. iyelah, sebab nak bagi orang lain makan kan,kalau boleh biarlah perfect.. jom tgk resepi.. Aku bagi resepi asal, tp aku akan gtau bahan apa yang mmg aku x pernah guna atau selalu skip..

Sumber : Blogger Ana Suzana

Bahan-bahan kisar :

3-4 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
belacan

Bahan-bahan lain :

5-6 ekor ikan (terpulang nak berapa ekor dan jenis. )
kacang bendi
daun kesum
bunga kantan
** 1 sudu kecil jintan manis
** serbuk lada hitam
** sedikit halba
** 1 sudu besar serbuk kari
cili kisar (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

yang bertanda ** aku x guna dalam masakan aku

Cara-cara :
  • Blender bahan-bahan kisar
  • Panaskan minyak untuk menumis.. Tumis bahan-bahan kisar. setelah naik bau masukkan pula cili kisar. Tumis sekali lagi sehinnga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya..Tambahkan pula air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  • Masukkan garam secukupnya, daun kesum, dan bunga kantan dan bendi. Masak sehingga hampir mendidih atau bendi kelihatan empuk.
  • kemudian masukkan ikan dan kecilkan api. Renehkan sehingga ikan masak dan matikan api
  • Siap untuk dihidang.