Post Terkini

Showing posts with label kwsp. Show all posts
Showing posts with label kwsp. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Pengeluaran kwsp untuk kakitangan awam berpencen

Alhamdulillah Isnin lepas dah pun submit borang pengeluaran kwsp. Walaupun aku dah pernah post tentang cara-cara pengeluaran kwsp dulu dekat sini tahun 2012 dulu tapi tetap jugak ada problem.. Mungkin salah aku gak tapi check betul2. Mujurlah aku bawa segala dokumen-dokumen sekali. Kalau tak haru nak patah balik ambil apa yang patut.

kwsp, senarai semak, skim pencen
Ok ini adalah senarai semak yang diperlukan supaya takde apa yang tertinggal. Borang korang boleh je download dari laman web KWSP sendiri. Takde masalah lagi memudahkan kerja korang adalah. Tak payah nak beratur semata-mata nak dapatkan borang sahaja.
Masalah aku ialah di sini. Aku pun tak pasti, sama ada aku yang salah atau aku yang kurang paham.  Di BAHAGIAN AHLI no iv tarikh dilantik ke jawatan tetap dan berpencen. Punya aku confident isi ikut surat yang aku dapat. Alih-alih dia kata tarikh sah lantikan pertama.. Memang confuse gila.. Ke sekali lagi, aku yang salah paham sebenarnya.. Tapi mujurla, mujurlah aku bawa sekali  semua dokumen aku. So tak perlulah aku berpatah balik. Plus along aku pun yang tolong hantar. Aku ni x berapa berani sangat nak drive sengsorang. So kalau nak buat correction salinan asal perlu ada.  So pergilah aku fotostat n beratur sekali lagi. Bila semua dah lepas barulah dapat nombor . Then submit. Alhamdulillah settle semua. InsyaAllah proses makan masa 2 minggu. Dia akan hantar by sms atau surat bila duit dah dibayar.

As conclusion, korang sediakan dokumun siap2, fotostat siap2 mana yang dirasakan perlu, so bila sampai x perlu la buang masa nk patah balik rumah in case kalau terjadi situasi macam aku ni.  Yang penting, servis dia memang tip top.. clean n clear.. Hehehe..


Wednesday, December 11, 2013

KWSP - Pengeluaran Tabung Haji

Mungkin kebanyakan orang dah tau, mungkin juga aku yang dah lama ketinggalam. Sebelum ni memang ada dengar ura-ura pengeluaran kwsp boleh dilakukan untuk mengerjakan ibadah haji. Rukun islam yang kelima bagi mereka yang mampu.  Dan Alhamdulillah ternyata betul.. huhuhu baru je tau ni .

Untuk pengetahuan pengeluaran kwsp untuk haji ni dibentangkan pada 28 September 2012 dan telah dikuatkankuasakan mulai 1 Januari 2013. So baru nak setahun je la kan.. Patut aku tak tau. Untuk makluman, pengeluaran simpanan hanyalah dari akaun 2 sahaja ye.


Berdasarkan dari laman rasmi KWSP, syarat-syarat pengeluaran adalah :-

Ahli KWSP yang layak mestilah  :

  • berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus 'TERPILIH' untuk mengerjakan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH)
  • Ahli belum cukup simpanan untuk mengerjakan haji
  • Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertaklum kepada amaun maksimum RM3000 atau baki akaun 2.
  • Pengeluaran akan dibayar terus ke akaun ahli Tabung Haji
  • Kelayakan pengeluaran sekali sahaja
  • Jika ahli membatalkan/menangguhkan pemergian, ahli kena memulangkan semula amaun yang telah dikeluarkan
  • Jika berlaku kematian, waris tidak perlu memulangkan semula.
Dokumen diperlukan:
  1. Kad pengenalan diri
  2. Surat tawaran berstatus "TERPILIH" dari LTH
  3. Buku akaun simpanan ahli yang telah dikemaskini
Untuk maklumat lanjut korang bolehlah serbu ke website KWSP ye..
 Pada aku ini mungkin lebih tertumpu pada swasta je kot sebab kalau sektor awam kebanyakan ambil pencen.

Tengok ini --> Pengeluaran kwsp untuk kakitangan awam