Post Terkini

Wednesday, December 11, 2013

KWSP - Pengeluaran Tabung Haji

Mungkin kebanyakan orang dah tau, mungkin juga aku yang dah lama ketinggalam. Sebelum ni memang ada dengar ura-ura pengeluaran kwsp boleh dilakukan untuk mengerjakan ibadah haji. Rukun islam yang kelima bagi mereka yang mampu.  Dan Alhamdulillah ternyata betul.. huhuhu baru je tau ni .

Untuk pengetahuan pengeluaran kwsp untuk haji ni dibentangkan pada 28 September 2012 dan telah dikuatkankuasakan mulai 1 Januari 2013. So baru nak setahun je la kan.. Patut aku tak tau. Untuk makluman, pengeluaran simpanan hanyalah dari akaun 2 sahaja ye.


Berdasarkan dari laman rasmi KWSP, syarat-syarat pengeluaran adalah :-

Ahli KWSP yang layak mestilah  :

  • berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus 'TERPILIH' untuk mengerjakan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH)
  • Ahli belum cukup simpanan untuk mengerjakan haji
  • Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertaklum kepada amaun maksimum RM3000 atau baki akaun 2.
  • Pengeluaran akan dibayar terus ke akaun ahli Tabung Haji
  • Kelayakan pengeluaran sekali sahaja
  • Jika ahli membatalkan/menangguhkan pemergian, ahli kena memulangkan semula amaun yang telah dikeluarkan
  • Jika berlaku kematian, waris tidak perlu memulangkan semula.
Dokumen diperlukan:
  1. Kad pengenalan diri
  2. Surat tawaran berstatus "TERPILIH" dari LTH
  3. Buku akaun simpanan ahli yang telah dikemaskini
Untuk maklumat lanjut korang bolehlah serbu ke website KWSP ye..
 Pada aku ini mungkin lebih tertumpu pada swasta je kot sebab kalau sektor awam kebanyakan ambil pencen.

Tengok ini --> Pengeluaran kwsp untuk kakitangan awam

Tuesday, December 10, 2013

Friday, December 6, 2013

Travel : Harga tiket ke krabi..

Ok.. ini adalat schedule post.. Masa  ni mungkin aku dah ada kat bumi krabi.. Hmm percutian pertama ke negara orang.. Alhamdulillah.. Dapat jugak berjalan. Sebelum aku cite pasal harga tiket, meh sini nak cite pasal kronologi cam ne boleh tempah tiket ni.

Biasala aku awal-awal tahun bukak sekolah memang mood jadi weng weng sikit. Maklumlah masa tu baru bukak sekolah. Selalunya topik hangat yang dibincangkan adalah mengenai kemenjadian projek cuti sekolah a.k.a penambahan bilangan ahli keluarga. So paham-pahamlah ye.. kalau tak paham buat-buat paham sudahlah..

Encik suami plak, masa tu final year ngan utmspace.. memang tengah busy ngan final projek. Tapi sbnrnye dia pernah janji nak bawa g uss. Aku selaku isteri memang haruslah bertanya sentiasa kan. Tapi masa tu dia pening ngan tesis, so layan x layan je lah apa aku tanya. Dan aku sambil-sambil tu merancang cuti ke cameron highland, tempah rpp bukit fraser ngan rpp morib juga. Sebab bini dia pun excited jugak en suami dah nak abis belajar kan. Dah x sabar nak jalan-jalan.

And sekali tu air asia buat promo free seat. Gigih la berjaga malam.. Alih-alih tak dapat masuk.. ok fine.. mmg nak dpt tiket murah memerlukan kesabaran yang tinggi.. malangnye aku tidak.. Lepas hari tu, ntah berapa lama tergerak hati nk bukak web air asia..  Saje tengok tengok... Tekan-tekan tempat percutian.. kejap-kejap tengok korea, kejap-kejap tengok sabah, pastu vietnam, australia.. hmm tapi semua mahal2.. Harga x mampu milik la..  Sekali try tengok pergi krabi, ambik ngko rm678.00 je pergi balik tuk 2 orant.. Jerrrr??  Hahaha murah kot.  Masa tu la rasa murah.. Sebab x pernah pun survey harga tiket.. Aku anggap kalau pergi luar Malaysia below RM1000 murah le tu.. hehehe.. Sila jangan gelakkan daku yang naif ni.

So tepon en hubby, cakap ngan dia.. dia pun kata murah gak.. Apalagi memulakan operasi la..hehehe..
Tapi tapi tapi... biasala saya budak baru belajar. semua aku tibai.. insurans, luggage(haa yang ni bijak sikit, ambil waktu balik je, walaupun x berapa bijak jugak)makan...siap pilih seat lagi.. huhu last2 bila tengok total RM908.00.. dan segalanye dihujung jari.. bayar je..

Hahaha.. kebetulan masa tu my sis duduk sekali, along pun datang gak.. sekali cite ngan diorg bantai kena gelak,,  iyela, insuran x amik pun xpe (tapi pada aku better amik, kite x tau kan apa jadi), luggage lagi lah x payah.. bukan ada apa pun yang nak dishopping.. pergi pulau kan.. hehehe masa tu baru terpikir..betul jugak along cakap.. pastu x yah amik makan sepatutnye.. hehehe mana la mak ci nak tau..

dan nak menunjukkan betapa bijak nye aku, lepas dah book tiket barulah aku rajin nak ber blog walking tgk percutian bajet blogger2 malaysia.. masa tu baru nangis sbb tau tiket boleh dapat serendah rm100++. tp nk buat mcm mana, terlajak perahu boleh diundur, terlajak bayar cuti tetap diteruskan.. huhu..

so ini kalilah.. pengalaman pertama aku booking tiket flight.. lepas ni InsyaAllah akan survey dulu kat blog2 percutian bajet.. cam aku ni dah tak boleh cakap bajet dah.. takpe, belajar dari kesilapan kan,   ayat  memujuk hati. yang penting krabi aku datang.. nikmati percutian ini a.k.a honeymoon kedua kami :)