Post Terkini

Tuesday, October 2, 2012

Perubatan islam @ syifa'

Alhamdulillah, baru je balik dari melaka ahad lepas. seperti yang pernah ditulis, me mengidap endometriosis buat kali ke 3.. kali pertama di sahkan tahun 2010.. major operation sebab masa tu dah almost 7cm x 8cm. Alhamdulillah, selamat menjalani operation.. Tapi sayang, aku masih x pregnant dan chances untuk endo datang semula adalah tinggi kalau masih x pregnant.. dan cukup setahun bila buat check up, sah aku kena endo lagi sekali and doktor suggest operate.. perasaan tuhan saje yang tahu masa tu..cuma dah nekad kali ni x mau operate.. nak guna alternatif je.. kebetulan, rezeki aku ngan suami ..my BIL mmg mengamalkan perubatan Islam..so minta tolong bang man ubatkan.. alhamdulillah, berkat keyakinan pada Allah dalam tempoh sebulan berubat bila buat check up sekali lagi doktor kata cyst dah hilang.. x de kesan langsung..dua kali buat checkup scan perut ngan tvs mmg x de langsung.. bersyukur sangat2, so lepas tu dalam tempoh tiga bulan kitorang try natural tp masih de hasil.. so discuss ngan hubby nak buat iui kat lppkn.. segalanya berjalan lancar sampailah hari pertama untuk treatment iui..sebelum mulakan treatment doktor buat tvs dan buat kali ketiga endo aku muncul lagi.. Ya Allah, hebat sungguh ujian ni.. sepanjang balik shah alam menangis juga la.. tapi kali ni dalam dilema, tak tau mana nak pilih..operate atau alternatif.. minta pendapat en suami dan bang man.. dan sekarang aku cuba dulu buat alternatif.. bukan apa, sanggup rasanya operate kali ke dua tp baby pun kuar..huhu.. InsyaAllah.. pokok pangkalnya yakin dengan kuasa Allah.. so terlanjur bercerita tentang perubatan islam, sesape kengkawan blogger atau yang mencari pengamal perubatan islam boleh try khidmat my BIL.. bukan nak promote, tapi sebab dah pernah tengok dan alami sendiri cara pengubatan dia, so rasa confident untuk war-warkan khidmat abang iparku.. dalam family sendiri pun dia dah ubatkan batu karang, strok, penyakit aku ni..kalau kena gangguan atau saka pun boleh datang berubat, anak hilang, sakit2 lain insyaAllah dia boleh bantu.. so kalau ada sanak saudara, rakan taulan yang nak berubat bolehlah hantar kat komen nye..InsyaAllah saya akan balas.. lokasi dekat melaka, rumah beliau sendiri.. cuma kalau ada sesape area selangor yang nak berubat mungkin boleh inform kat saya..maybe kalau ada dalam 10 orang bolehlah dia turun sini kan. lagi satu orang cina pun guna khidmat abang ipar saya.. kaum lain x tau sebab yang pernah terserempak g umah bang man family cina.. sesape nak info boleh inform saya ye..owhh satu lagi, kalau nak ke sana kena appointment..sebab abang saya bekerja.. dan selalunya rumah dia penuh je orang berubat..kitorng pun kalau nak bertandang kena set appointment gak ngan dia..hehe.. sebab tu saya x letak adress rumah dia..kang x pasal2 korang kena balik semula..kesian nanti.. oklah..banyak plak membebel..sesape yang berminat dengan kaedah ni dialukan.. yang penting niat dan keyakinan pada kuasa Allah..insyaAllah..
Post a Comment