Post Terkini

Friday, July 6, 2012

jgn kata kami begitu

Saya org gomen dan saya ada medical card prudential.. Suami saya org swasta dan dia juga ada sama seperti saya.. Kami dua2 bukan swasta, dua2 pun bukan gomen..
Motiff??
Tadi ada terbaca pos seorg teman.. Mengatakan golongan gomen servant ni seolah2 sgt sombong utk mengambil medical card..patut ke dia terus memberikan pendapat begitu berdasarkan pada individu2 yang dah ramai menjadi target nya..atau mungkin mmg golongan kakitangan kerajaan adalah sasaran beliau..
Saya bukan apa, kawan2 sekolah saya hampir semua mempunyai insuran malahan ada juga yg menjadi agen.. Jd sebagai seorg kakitangan kerajaan perasaan sensitif tu ttp ada kerana saya adalah kakitangan kerajaan.. Lebih2 lagi bila kami ini sering dilabel sebagai sebagai suka curi tulang.. Serius bacalah kat semua forum berkaitan hampir semua tidak puas hati dengan org gomen lg2 pada golongan guru sekolah.. Owhh tgk melalut sudah..
So kalaulah melihat situasi kawan2 disekolah haruslah mereka akan menolak setiap agen insurans yang dtg..betul tak? Sekolah saya tu pun berapa puluh kali didatangi agen tp terpaksa la ditolak.. Sebab dah ada kan.. Kalau yg dapat baby baru pun pasti akan insuran anak dia.. Saya rasa org gomen tak bodoh utk menolak, kerana mereka tau kebaikan insuran cuma mungkin mereka lebih selesa kepada agen2 yg dikenali..sng nk kejar kalau ada apa2 hal yg berlaku..
Kalau sahabat saya terbaca saya minta maaf ye.. Bukan apa sgt sensitif dengan kenyataan2 prejudis terhadap org gomen.. Mungkin mmg ada, tp bukan saya.. Walau ada yg mungkin akan kata sapa makan cili dia yg rasa pedas.. Yee saya rasa pedas tp bukan sebab saya makan cili tetapi saya berada di golongan orang yang makan cili.. Sekian

1 comment:

rosy.lane said...

mulut orang tak boleh tutup muzai...blog orang pun kita tak boleh delete..hehe...sabar jelah ye...semua tu sebenarnya mengajar kita untuk lebih matang berfikir dan bertindak..yang penting muzai happy dan yakin apa yang muzai buat adalah di track yang betul...hidup semua orang tak sama...jadi....sabar jelah...

kita faham perasaan muzai...banyakkan sabar je....

baru perasa daisypath muzai...korang dah kenal 12 tahun ek...happy for u 2 :)