Post Terkini

Saturday, September 29, 2012

Nasi tomato

Nasi tomato + ayam masak merah
my first trial.. tetiba ngidam nak makan nasi tomato.. plus tak pernah buat pun sebelum ni..so nak menguji air tangan sendiri sedap atau tak.. alhamdulillah, first try..pass. boleh la buat untuk kali kedua n seterusnya kalau rajin.. my nasi tak berapa nak berwarna merah sebab tomato puri non hado.. cuma guna tomato segar yang diblend..

so kat sini nak share ngan korang resepinya..

source : tryMASAK

Bahan-bahan:

Bahan A : 
2 cawan beras
1/2 cawan susu cair
1 keping dadu ayam- didadu
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 biji tomato - didadu
Tomato puri - (dalam resepi dia tak tulis, tp kat video dia ada tunjuk)
kismis (  takde stok juga)
daun pandan (tak letak)
daun pudina - diracik kasar ( tak letak)
1 sudu besar minyak sapi-(tukar ngan planta)
1 cawan air

Bahan B (rempah)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1/2 sudu kecil Serbuk jintan manis (yang serbuk tak de dalam stok,just guna yang asal je)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil jintan putih (tak letak sebab tak de stok kat umah)


##mana2 bahan yang takde, memang aku tak letak, tp belasah je..alhamdulillah jadi##

Cara :
1. Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih. (aku masukkan jintan manis sekali untuk di blend sebab malas nak blend banyak2 kali.. org pemalas punya style)
2. cairkan minya sapi. tumis bahan rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga empuk.
4. Masukkan air, susu cair, bahan kisar, daun pandan, daun pudina dan garam secukupnya. Kacau rata dan biarkan mereneh.
5.Masukkan kismis dan beras. Masak sehingga nasi empuk. Pastikan api tidak terlalu besar jika masak guna dapur gas ye..
6. Bila nasi dah empuk bolehla dihidang dan dimakan dengan ayam masak merah..

Selamat mencuba..

Post a Comment