Post Terkini

Tuesday, September 25, 2012

Daging masak black pepper

Sebenarnya ini bukanlah menu kami baru2 ni..rasanya dah agak lama tak memasak daging.. tp baru check draft rupanya banyak yang tak di post kan.. so kat sini nak share resepi daging ni..


Daging masak black pepper

Bahan-bahan: 

 Daging (untuk 3-4 orang makan)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
3-4 sudu serbuk lada hitam kasar (terpulang pada korang..me suka rasa pedas blackpepper)
kicap manis
1 biji tomato
sos tiram (jika suka)
garam
minyak untuk menumis kunyit

Cara memasak :
1. Gaul daging dengan kunyit dan garam..

2. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan daging dan goreng sehingga masak..Jangan sampai garing atau terlalu kering..

3. Masukkan bawang putih dan bawang merah tadi ke dalam kuali.. Tumiskan bersama dengan daging yang sedang digoreng.Biarkan sehingga layu..kemudian masukkan lada hitam dan bawang besar.. kacau lagi.. Masukkan pula kicap. Tambahkan air sekiranya inginkan berkuah..Jangan lupa garam ye..

4. Biarkan seketika hingga kuah mendidih..Jika ingin pekat bolehla tambah sos tiram sekaligus sebagai penambah perasa..

5. Akhir sekali bolehla dihidang. ** Apa yang aku suka buat** Kalau nak masak daging selalunya aku akan rebus dulu supaya tiada keliatan waktu nak makan..dan satu lagi sebab konon2 nak bagi bau daging hilang..hehe..tp kalau daging fresh tak yah rebus..sebab daging dia mmg sgt2 lembut dan sedap.. sekian.

1 comment:

Kenari Putih said...

sedapnya daging black pepper ni. insyaAllah hujung minggu ni maw masak.. teriur tengok gambar ni.. hihi