Post Terkini

Friday, April 2, 2010

Tahniah!!!!!

2/4/2010 bertempat di Stadium Jugra, pasukan NILAM telah menjuarai acara Kejohanan Olahraga SMK Sultan Abdul Samad.. Saya selaku ketua guru rumah sukan sekaligus pengurus bagi pelajar2 NILAM mengucapkan syabas di atas semangat yang ditunjukkan kepada pasukan ini.
Penghargaan istimewa ditujukan kepada:

i. Zulhilmi, 3R kerana sanggup untuk menjadi Bidan Terjun dalam acara 4x400..Walaupun faktor badan anda telah menjadi perbualan tetapi semangat yang ditunjukkan dan tidak menyerah kalah amat membanggakan. Begitu juga kepada Sathiaseelan, Mas Amirul dan Saiful Nizam kerana semangat kesukanan kalian dan tidak memandang rendah kepada Zul.

ii. Norfaizah, 3M kerana walaupun pada mulanye keberatan untuk menyertai acara 1500m dengan alasan tidak larat tetapi akhirnye berani juga untuk menghadapi demi untuk mengelakkan kekalahan NILAM.. apa yang penting anda telah mencuba sebelum menyerah kalah. Hasilnye..telah menyumbangkan pingat Gangsa kepada Nilam.

iii. Saiful Nizam dan Mas Amirul Ting 3, tidak sia2 saya memaksa anda berdua memasuki acara rejam lembing. Hasilnye, masing2 telah menghadiahkan pingat Emas dan Gangsa kepada Nilam..

Oleh itu pencapaian Nilam pada tahun ini ialah :

i. Johan Merentas Desa
ii.Johan Keseluruhan Olahraga

(Gambar dicuri dari Facebook Cikgu Hatta..Mekasih Cikgu, jgn saman saya okey)

iii.Ketiga perbarisan rumah
iv. Olahragawati P3( hasil bimbingan Pn Nur Hurul-Huda)
v. Olahragawan L3 (hasil bimbingan Pn Nur Hurul-Huda)
vi. Olahragawan L2 - Saiful Nizam

Tahniah dan syabas kepada pelajar..
Terima kasih kepada guru-guru rumah sukan NILAM(sesi pagi), Pn Norlaili, Pn Azanah , Pn Norfaiza, Pn Tee Pei Ling kerana semangat dan kerjasama yang sangat memberangsangkan.. Tidak dilupakan En Hatta dan En Azmi yang sentiasa menyumbang tenaga apabila diperlukan tanpa sebarang masalah...
Terima kasih,terima kasih, terima kasih... Tanpa bantuan kalian, saya tidak akan mampu untuk menguruskan pasukan dengan ucapan... Yes, yes, yes dah abes sukan..Kita tengok tahun depan..sapa yang kena...yang penting bkn saya..Yabedabeduuuu......Fuhhh..lega sudah hati ini.

2 comments:

erin said...

kak, kita rasa mcam akak y jd pelari..bukan guru rumah sukan!

aizyan said...

huhu..erin..akak ni mana kuat lari..main netball boleh la..hahaha x pnh pegang piala besar time sekolah dulu, skrg pun jdla..