nak share resepi buat doh pizza.. sebenarnye lebih pada diri sendiri je...
1kg tepung gandum
2 paket yis mauripan
2 sudu gula
2sudu garam
2 sudu minyak
600ml air
cara2..
1. rendam mauripan dengan sedikit dari air 600ml sampai kembang..
2.. campurkan mauripan dengan tepung gandum, gula, garam.. gaulkan.. masukkan sedikit air..uli sehingga adunan sebati.. masukkan minyak dan uli sehingga tekstur doh menjadi lembut dan licin..
3. dah siap, bolehlah dibiarkan lebih kurang 45 minit-1 jam agar doh kembang..
4. setelah itu bolehlah diadun menjadi doh pizza...
5. bakar dalam oven pada suhu 180 darjah api atas bawah... agak2 kalau atas dah masak, bolehlah adjust api bawah plak
utk topping terpulang lah nak letak apapun.. tadi baru balik dr tolong kwn buat pizza.. senang rupanya.. so balik kampung minggu ni aktiviti utama adalah buat pizza.. nyum nyum
No comments:
Post a Comment