Buat masa sekarang aku pantang sendiri je. Hari tu nak balik kampung doc tak bagi. Dan sebenarnya doctor suruh stay lagi untuk semalam sebab dr kata aku masih lemah. Tapi aku rasa aku kuat. Nak balik juga. Dengan syarat aku tak ke luar kawasan.. means balik kampung la..
Tak pernah ada pengalaman bersalin, tapi ada pengalaman berpantang.. Hehehe.. tapi kali ni pantang aku lain macam sikit. Tak ambil ikan haruan, tak ambil gamat. Sebab apa? Golongan cam aku ni disarankan untuk mengelakkan kedua2nya. Takut pertumbuhan sel2 endo menjadi semakin aktif.
So berpantang aku ialah buah betik, pisang, oat, lemon suam.. Suppliment aku vita e, vita c, carotomax n zink. Banyak lagi makanan anti-oksidan/kanser aku ngah survey ni.. Nasi sekali sehari. Tapi ni laki aku dah keje. tak nak makan nasi la. Sebab nak disipilin makan nasi siang je. So malam-malam makan sup je..Mihun sup ke.. Kesimpulannya aku xdela rasa berpantang sangat kot. Biasa2 je.. Nak ajak mak datang sini, mak pun sibuk adik aku nak kawin this month..
Owhh hari tu tipu2 ngan mak kengkonon dah ambil anak angkat. Siap tunjuk gambar lagi. Padahal cucu aku, anak K.Zal.. Lepas tu telefon mak.. Tau tak apa mak cakap?? Anak yatim ker?? Aku?? errkkk... rasanya kalau nak ambil anak angkat kena anak yatim ngan orang susah la kan.. Aku laki bini tak kisah, tapi bila melibatkan family kena fikir-fikir jugak la ye.. Bukan nak memilih tapi bukan semua orang paham. Contoh parents akula.. Dulu pernah nak terambil, tapi last2 senyap cam tu jela..Huhu.. Aku ni pulak memang jenis lurus bendul.. Kang tak pasal2 kesian kat anak aku tu kalau rahsia terbongkar. Sebagai contoh la kan..
Ehh melalut plak pasal anak angkat apehal.. Yang penting Khamis ni cucuk Lucrin.. Pastu sabtu yeayyyy balik kampung..
2 comments:
ehh, serious ke kalau operate endo tak digalakkan ambik haruan/gamat?? tak tahu langsung info ni.. ujung bulan ni nk kena operate lg sekali, siap dh beli sebotol pil haruan.. kalau tak digalakkan mmg tak berani nak mkn ni...
yup.. saya pun baru je tau.. sebb dia menggalakkan pertumbuhan cycts.. semoga semuanya selamat ye.. InsyaAllah
Post a Comment