Post Terkini

Monday, September 7, 2015

PIALA SUMBANGSIH (PIALA MOKHTAR DAHARI)

Berkisar hari sabtu yang lepas 2 September 2015 telah berlangsungnya Piala Sumbangsih sebagai pembukaan kepada PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI. Tahun ni kali pertama PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI diperluaskan ke seluruh daerah negeri Selangor.  Johan bagi setiap daerah (MSSD) akan bertanding merebut gelaran JUARA untuk piala kali ni. Dan SMK SEKSYEN 9 diberi tanggungjawab sepenuhnya sebagai tuan rumah untuk piala ini. 

Fuhhhh.... ayat skema tak beragak.. Ok untuk piala sumbangsih ni aku 'terpilih' untuk menjadi jawatankuasa bagi sumbangan dan hadiah. Kenapa 'terpilih'?? Sebabnya kalau tak, memang tak berpeluang la aku tengok perlawanan ni. Untuk piala Sumbangsih ni Juara bertahan  akan bertanding dengan tuan rumah. Siapa tuan rumah??? SMK Seksyen 9 la tuan rumahnya dan kenapa tuan rumah yang bertanding plak?? Sebab untuk bagi penghormatan kepada sekolah aku sebagai tuan rumah.. Itu jelah sebab nya.. mengikut pemahaman akula. So untuk aku yang tak minat bola ni, tempias perlawanan terkena juga kat aku.. Iyelah lagi2 bila tengok sokongan dari orang luar dan niners sendiri.. So cikgu pun jadi semangat.. 

PIALA SUMBANGSIH 2015
Cikgu ceria bagi semangat.. Tengoklah tu penuh penonton.. 
Gambar lagi..
Tu dia.. cikgu duduk di kalangan murid.. Baru puas nak negok..
kengkawan bergambar dengan piala dan sample cheque lepas abis majlis.. untungla..aku masa ni dah balik
Alhamdulillah.. Kemenangan berpihak kepada .. SMK Seksyen 9 2 - 0 SMK La Selle.. Wahhh tahniah untuk pemain.. Korang memang hebat.. Tahniah juga pada yang melatih.. Zhafran.. Hebatlah.. Aku??? Lepas majlis memang terus rasa penat.. Masa berlangsungnya majlis xde pun rasa.. Fuhh tunggu encik somi ambil pun kemain lama.. Mau sejam nunggunya dengan call tak berangkat... Pastu dia ajak plak pergi Checkers sume.. Balik rumah pengsan... Hahaha xde pengsan.. tahan mata sbb main candy crush.. Game paling berhantu bagi aku.. x jemu-jemu cam game lain. Masak pun tidak..makan mee sedap.. sian en somi aku..  Oklah.. nanti kita cite yg lain pulak.. En somi suh update.. Semangat sungguh dia.. Aku kalau rajin, terupdate la entry baru yang dah basi ye.. Kalau tak.. takdela.. Tambah2 lagi internet pun dah tak best.. Sloww je manjang... Ok bye..
Post a Comment