Facebook Pages

Monday, September 7, 2015

Semangat kebangsaan

1 comment:
Nak cerita sket.. Hari tu kan.. aku balik segamat.. Negeri kelahiran suamiku.. JDT.. Johor Darul Takzim..  Aku tak ingatla sebelum2 ni pernah ke idak aku balik segamat time cuti bulan Merdeka..  Dan bila aku lalu je pekan Tangkak tu..fuhhh teruja siot.. Wowwwww!!!!.. Pemandangan yang aku tak nampak kat Shah Alam mahupun nogori.. seingat akula. Kalau ada tolong bagitau ye.. Sepanjang-panjang Pekan Tangkak tu penuh bergantung bendera Johor Malaysia secara berselang-seli..

Bendera JDT

Perghhh aku masa tu terasa sangat kenegerian aku sebagai warga Johor.. Kihkihkih.. Opss bukanlah maksud aku bangga dapat kahwin ngan orang Johor.. Rasa macam semangat cintakan negeri diorang tu kuat.. So aku pun kena tempias dia..


Dan ada lagi satu.. tapi terlupa plak aku nak snap gambar.. SMK kat Jementah nun.. Fulamakkk sekolah dia.. Bendera2 Johor dan Malaysia berkibar2..  Paling Fulamak tu... Bendera Malaysia ngan Johor digantung setinggi 3 tingkat bangunan sekolah.. Yang tu memang aku kagum sungguh.. Mahal kau kos nye.. Aku pun tak tau mana diorang dapat peruntukan tapi yang pasti ini hebat.. Sekolah aku pun takde bendera sebesar tu..

Dan kalau secara jujur.. aku sayang Johor ni.. Iyelah mak abah aku rajin berpindah-randah.. Tapi paling lama aku duduk kat Johor ni la..merasa  dapat sekolah dari form1 sampai form 5 kat sini.. So aku lagi dekat la ngan Johor ni.. Plusss.. Sultan Johor sekarang ni masa aku sekolah dulu dia ialah TMJ.. yang sekarang ni anak dia pegang.. Rajin dia buat Kembara Johor.. Pernah sekali tu ada sesi makan-makan ngan TMJ kat Dataran Segamat..  Berpeluang la aku tengok dia berdepan.. Budak-budak baru nak up kan.. terdetik la kat dalam hati hensem TMJ ni..huhu..ampun Tuanku..cerita dulula  tapi yang sangat aku pasti, jiwa dia jiwa rakyat.. Cara dia bercakap memang sangat humble,,  dan aku rasa sejak tu ada rasa sayang kat Johor.. terasa diri ni cam orang Johor.. ewahh.. tapi aku tetap sayang tanah tumpah kelahiran aku mak ngan abah ye...

Dan sebab tu aku tak suka orang kutuk2 Johor.. Johor best ok.. Kawan2 aku Johor pun sangat2 best.. Yang tak tau je suka sembang lebih2... Eh eh.. dah melalut plak... Hajat asal cuma nak bagitau,, aku terasa kecintaan aku kat Malaysia ni bila lalu pekan Tangkak..Semangat patriotik tu mai berkobar-kobar bila tengok bendera Johor dan Malaysia berkibar-kibar.. Tu je... Heeeee


PIALA SUMBANGSIH (PIALA MOKHTAR DAHARI)

No comments:
Berkisar hari sabtu yang lepas 2 September 2015 telah berlangsungnya Piala Sumbangsih sebagai pembukaan kepada PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI. Tahun ni kali pertama PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI diperluaskan ke seluruh daerah negeri Selangor.  Johan bagi setiap daerah (MSSD) akan bertanding merebut gelaran JUARA untuk piala kali ni. Dan SMK SEKSYEN 9 diberi tanggungjawab sepenuhnya sebagai tuan rumah untuk piala ini. 

Fuhhhh.... ayat skema tak beragak.. Ok untuk piala sumbangsih ni aku 'terpilih' untuk menjadi jawatankuasa bagi sumbangan dan hadiah. Kenapa 'terpilih'?? Sebabnya kalau tak, memang tak berpeluang la aku tengok perlawanan ni. Untuk piala Sumbangsih ni Juara bertahan  akan bertanding dengan tuan rumah. Siapa tuan rumah??? SMK Seksyen 9 la tuan rumahnya dan kenapa tuan rumah yang bertanding plak?? Sebab untuk bagi penghormatan kepada sekolah aku sebagai tuan rumah.. Itu jelah sebab nya.. mengikut pemahaman akula. So untuk aku yang tak minat bola ni, tempias perlawanan terkena juga kat aku.. Iyelah lagi2 bila tengok sokongan dari orang luar dan niners sendiri.. So cikgu pun jadi semangat.. 

PIALA SUMBANGSIH 2015
Cikgu ceria bagi semangat.. Tengoklah tu penuh penonton.. 
Gambar lagi..
Tu dia.. cikgu duduk di kalangan murid.. Baru puas nak negok..
kengkawan bergambar dengan piala dan sample cheque lepas abis majlis.. untungla..aku masa ni dah balik
Alhamdulillah.. Kemenangan berpihak kepada .. SMK Seksyen 9 2 - 0 SMK La Selle.. Wahhh tahniah untuk pemain.. Korang memang hebat.. Tahniah juga pada yang melatih.. Zhafran.. Hebatlah.. Aku??? Lepas majlis memang terus rasa penat.. Masa berlangsungnya majlis xde pun rasa.. Fuhh tunggu encik somi ambil pun kemain lama.. Mau sejam nunggunya dengan call tak berangkat... Pastu dia ajak plak pergi Checkers sume.. Balik rumah pengsan... Hahaha xde pengsan.. tahan mata sbb main candy crush.. Game paling berhantu bagi aku.. x jemu-jemu cam game lain. Masak pun tidak..makan mee sedap.. sian en somi aku..  Oklah.. nanti kita cite yg lain pulak.. En somi suh update.. Semangat sungguh dia.. Aku kalau rajin, terupdate la entry baru yang dah basi ye.. Kalau tak.. takdela.. Tambah2 lagi internet pun dah tak best.. Sloww je manjang... Ok bye..

Thursday, September 3, 2015

DIY : Perangkap habuk

No comments:
Korang stress tak bila nak drill dinding rumah je terpaksa la mem vacuum rumah banyak kali.. Sebabnya habuk dinding yang kita tebuk tu akan berterbangan ke udara.. Huhh lagi2 kalau ada karpet.. Memang jenuhla.. 

So kali ni aku nak share camne nak jadikan habuk sifar.. cewahh.. serius wehh tak tipu punya.. aku namakan perangkap habuk. memang memudahkan keje.. Pendek kata, kalau tak vacumm memang xde masalah la.. Yang ni pun belajar dari anak buah aku.. Opps bukan aku yang belajar tapi en suami.. Nak suruh aku men 'drill' memang x kan lah ye.. so ni aku nak share proses kerja nya

perangkap habuk
DIY : Perangkap habuk
Dan bila dah buat ni, memang dengan senang hati suami korang boleh drill dengan aman tanpa bebelan seorang isteri. dan memudahkan kerja isteri untuk mengemas. :) Selamat mencuba buat perangkap habuk ni ye.. Daaa