Impian
Setelah hampir 10 bulan berumahtangga puisi ini kudedikasikan khsusus untuk suami tersayang. Moga kebahagiaan kita sentiasa diredhai olehNya dan dikurnikan cahaya mata yang soleh dan solehah, InsyaAllah..Amin
Suamiku
Terlafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki
Dalam keterharuan
Air mata ibuku berguguran
Ayahku sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan
Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau
Jika diriku diterima kerana kecantikan
Kau
Aduhai suamiku
Jelaskanlah niat dan matlamat
Menerimaku kerana agama
Baru hidup beroleh berkat
Bahagia hingga kesyurga
Ketahuilah suamiku
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang Satu
Suamiku
Hadiah mahal terbilang
Bahtera penyelamat yang utuh
Gelombang dan karang
Tak mampu meruntuh
Suamiku
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya
Suamiku
Asam garam rumah tangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama-samalah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia
Suamiku
Menang bukan beerti benar
Kalah bukan beerti salah
Dalam berdebat hormat memagar
Tawadukmu budi terindah
Suamiku
Berjanjilah padaku
Dengan kemuliaan dirimu
Kuatkan aku dan generasiku
Pada kemuliaan Penciptamu
Dipetik dari buku ‘Pemilik Cintaku’ khusus untuk suamiku tersayang’
1 comment:
Puisi sm cm y dik kmb tulis dlm blog dy
Post a Comment