Post Terkini

Sunday, July 17, 2011

Daging Salai masak kicap

Asalnye, nak masak Daging ni masak lemak..tapi sebab baru je buat hari khamis baru2 ni, macam x best plak nak buat lagi.. nak simpan lama2 macam tak tahan lama je daging yang ni.. nak buat makan gitu je ngan air asam, tak berapa nak reti plak buat air asam.. last2 belasah je buat masak kicap.. selalu orang pakai daging biasa tapi kali ni kite guna yang dah disalai ye..

ok, bahan2 nye :
1 mangkuk daging salai (siap dihiris)
2 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 inci halia (dihiris)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
minyak untuk menumis
kicap

Cara2 memasak :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, dan bunga lawang. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan daging salai. kacau seketika dan masukkan sedikit air jika mahukan kuah..Biarkan sekejap.
  3. Masukkan pula kicap manis kipas udang dan sedikit garam.. kacau lagi.. bila semua rasa dah sebati barulah boleh diangkat dan dihidang..
Sekian :)

No comments: