Cerita itu cerita aku. Apa yang terluah, apa yang terfikir itulah aku. Menulis sebagai satu proses luahan emosi secara tersirat mahupun tersurat. Dunia yang penuh warna warni semuanya di ceritakan di dalam diari maya ini. My Life My World dunia hidupku.
Post Terkini
Sunday, July 31, 2011
SAPS ONLINE
Sgt2 confident seluruh warga guru di seluruh Malaysia sedang bertungkus lumus bersengkang mata meng'key-in' markah exam secara online.. memang menguji kesabaran sungguh.. bijak2 sape yang buat sistem ni.. hmm dari sudut positif sistem ni memang sgt2 berkesan.. sebabnye x perlula kami terpaksa beratur utk mengisi markah di dalam sebuah komputer.. dan bila2 masa pun boleh.. sambil baring2 pun boleh.. x macam sebelum ni, kena key in di sekolah je.. n pandai2la curi masa senggang utk key in markah..
tp dr sudut negative plak.. hmm biasala sistem baru.. x berapa nak stable lagi.. so memang la sistem selalu bengong2 kan..nk masuk ke sistem pun makan berjam2.. kadang2 x masuk langsung.. nk best la, bila tunggu lama2, sekali sistem error la plak.. blum lagi bila dah key in marksheet student, sekali bila tekan simpan xde satu pun yang di save kan.. memang paneh la hati ni.. Apapun thanks pada system developer sebab buat sistem ni n minta sesangat tolong upgrade kan sistem ni.. kalo boleh perluaskan capaian.. xdela cikgu2 duk melangok 3-4 jan sia2 depan pc.. tambahla server yang ada biar laju sket nak access system.. boleh tak??
**part paling best ialah x perlu dtg sekolah time cuti semata2 nk key in markah..yeayyyyy**
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
slm semua,
SAPS online ni memang aplikasi yang gagal mencapai objektifnya. Mereka yang bertanggungjawab membangunkannya dan menetapkan waktu pengisian markah merupakan golongan yang tidak tahu menghormati dan menghargai masa orang lain kerana seringkali apabila diakses, aplikasi ini gagal digunakan dengan sebaiknya.
lebih menarik lagi terdapat pegawai JPN yang dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaannya menyindir SU peperiksaan agar berhenti sahaja jika gagal melaksanakan tugas mengisi data dalam aplikasi SAPS online ini.
Moga mereka yang terlibat meneliti dahulu aplikasi yang dibangunkan dan buat ujian rintis (cobaan) sehingga sistem ini benar-benar stabil.
Janganlah hendaknya bak kata pepatah 'gajah nak berak besar, kancil pun nak berak besar juga'. Ukurlah kemampuan server dan perkakasan yang berkaitan termasuk kemampuan laluan internet terlebih dahulu sebelum memperkenalkan sesuatu aplikasi online. Perbuatan ini menjadikan kita akan terus dipandang sinis oleh negara lain.
sekian.
anonymous: Saps xdelah sampai langsung x capai objektif.. objektifnye memang dah tercapai..cuma cara pelaksanaannya bolehlah kita katakan kurang berjaya..dan sepatutnya sistem ini dilaksanakan secara berperingkat, contohnya mengikut negeri baru la tiada kesesakan dalam sistem..so dari situ pihak2 berkenaan boleh tengok kelemahan sistem dan seterusnya memudahkan utk diorang upgrade sistem.. tapi bila dilaksanakan seluruh malaysia memang agak payahla.. nak tak nak sistem ini kena diteruskan juga..
bab kata Jpn menyindir SU peperiksaan tu, saya rasa SU memang nak sangat kalau dapat berhenti, tp masalah jawatan tu pengetua yang bagi.. atau dengan kata lebih sopan sebenarnya pihak JPN pun sebenarnya x boleh nak solve problem so dilepaskan pada SU peperiksaan yang hanya menurut perintah sahaja.
memang penat key in markah nie..especially time server down..di sebabkan masalah ni la saya dapat idea nak buat aplikasi sendiri dengan mengunakan java script.. tak sampai 10 minit dah settle..
klu nak mintak tlg..silakan
mohd.firdahus@gmail.com
Post a Comment