Post Terkini

Sunday, September 25, 2011

Muhammad Izzul Hafiy

Izzul Hafiy... kamu memang sangat comel..even kamu sakit2 pun kamu tetap comel..tp kamu tau tak, kecomelan kamu telah meruntun hati acik.. sedih acik melihat wayar dan tiub berselirat di badan kamu.. sebak acik tengok kamu macam tu.. muka kamu sngat pucat.. tp kamu tetap mahu bermain.kamu tetap tak mahu mengalah.. pertama kali acik lihat kamu bersama ngan acik krul, air mata acik terus jatuh tp acik x boleh tunjukkan kelemahan acik pada kamu..

Kali kedua acik melihat kamu bersama mak ngah..wahh kamu sangat seronok ye.. walaupun respon yang kamu beri agak lambat tetapi kamu seperti mengerti kami risaukan kamu.. kamu gelak2 bila kami berbual..tp bila acik mention kamu sakit, kamu terus menangis..mungkin kamu tahu kami risaukan kamu dan cepat2 juga acik ubah topik dan kamu kembali ceria.. tp bila nurse dtg nk lihat perkembangan kamu kami terpaksa keluar.. lambaian kami di sambut kamu.. rupa2nya izzul pun tahu acik ngan mak ngah nak keluar nak kamu balas lambaian kami.. owhh sedih rasanya.. ibu, papa ,pakcik makcik atuk nenek sume x mahu kehilangan kamu.. hanya doa yang mengiringi kamu izzul...

walau kamu sakit, tp kamu tetap berikan wajah kamu yang manis
nurse sedang buat eeg pada kamu.. acik pun x pasti apa itu.. tp acik pasti kamu suka pada semua kakak2 jururawat tu kan..sebab diorg layan kamu dengan sangat baik..
Izzul, hari sabtu selepas CT scan dr sahkan kamu ada pendarahan otak n tengkorak retak.. Ya Allah tak terucap rasanya hati ini..semua ahli keluarga sibuk memegang hp untuk mengharapkan kesejahteraan dan doa dr kawan2 dan kaum keluarga yang mengenali.. Dan paling menakutkan bila dr bagitahu kamu harus dibedah hari itu juga.. besar sungguh dugaan utk mu Izzul.. kesian ibu Izzul..sebelum ni acik tau dia menahan air mata dari jatuh bila bercerita tentang kamu..tp bila kamu perlu dibedah, ibu kamu dah x kuat.. akhirnya air mata dia gugur je..bukan dia saje, acik ngan mak ngah pun turut menangis apatah lagi bila melihat ibu kamu..sampaikan kakak zahrah pun terdiam bila lihat kami bertiga menangis.. Owhh ya kamu akan dibedah pukul 8.00 mlm hari sabtu.. jadi dlm pukul 7.00 adik beradik ibu bertolak ke rumah mak lang.. di sana kami membacakan yassin utk kamu.berdoa dan berharap agar kamu selamat.. family papa kamu pula stay di hospital.. bacaan yassin juga tetap dibacakan utk kamu..

Akhirnya mama kamu msg, beritahu pembedahan berjaya. Alhamdulillah kamu selamat di bedah.. dan kamu menangis sangat kuat..mungkin pembedahan itu sangat menyakitkan kamu.. tp, acik tahu kamu memang sangat kuat.. acik tahu, izzul pun x mau lihat ibu izzul menangis lagi.. jd kamu tetap bertahan melawan kesakitan.. izzul, ibu kamu kata darah yang mengalir sangat banyak.. lebih kurang 50ml darah pekat yang keluar..x dapat acik bayangkan betapa seriusnya pendarahan kamu.. mujurlah papa dan ibu kamu cepat bertindak dengan menghantar kamu ke sini.. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kamu..
izzul, masa ni kamu dah boleh buka mata.. alhamdulillah semua family ibu dan papa kamu mengucap kesyukuran kerana saat2 genting kamu hampir berlalu..kami semua x sabar nk melihat kamu sembuh.. tp ibu kamu ada msg mengatakan ada leaking pada pembedahan kamu.. tp ibu yakin itu tdk membahayakan kamu kerana jahitan masih baru.. dan alhamdulillah selepas di scan semula ternyata apa yang acik rasakan betul.. cuma jahitan di kepala kamu diperkemaskan lagi.

kamu yang kuat semangat memang sangat kuat..walaupun sakit hampir seminggu tapi itu tdk menjadi alasan utk kamu kurus..Alhamdulillah kamu masih semangat seperti dulu.
dan sekarang kamu dah semakin sihat. ibu kamu kata kamu dah boleh gelak besar2..dah boleh bergurau2.. bahagia ibu rasa..dan yang lebih bahagia pastilah papa dan ibu kamu..betul tak?? cuma tiub dibelakang kamu masih belum dibuka.. xpe, sebab itu untuk meyalurkan darah yang kurang pada badan kamu.

wah wah..tengok tu bukan main besar lagi kamu nganga.. kamu ni memang comel tak.. minta maaf ye acik x dapat jenguk kamu hari ni..sebab acik balik melaka.. melawat cucu acik yang terkena jangkitan paru-paru.. owhh dia sebaya je dengan kamu.. beza empat bulan je.. nanti kalau ada rezeki dapatla kamu jumpa dengan dia ye.. Izzul sayang acik doakan kamu cepat sembuh, acik doakan juga agar kamu akan membesar seperti kanak-kanak lain.. acik doakan agar kamu akan dijauhi daripada sebarang dugaan yang tak tertanggung oleh kamu.. cepat sembuh ye sayang..boleh acik main2 dengan kamu..mmuaaahhhhhhh..

Post a Comment