Post Terkini

Saturday, September 8, 2012

Gangguan seks atau gila seks..

ada tak di kalangan blogger yang menghadapi kes macam ni?? Pening, pening..selalu kalau baca dalam paper pelajar yang kena gangguan seksual dari guru..tp kes me terbalik plak..cikgu yang kena gangguan seksual..tp indirect la..melalui penghantaran message berbaur seks terang-terangan.. Modus operandi : meminta no telefon guru2 dengan alasan ingin buat tuisyen..cikgu2 yang baik hati selalunya akan memberi no tel sebab berniat baik kan dan guru2 yang diminta ajar tuisyen akan cuba membantu sekiranya boleh.. Cuma masalahnya, pelajar tersebut rajin nak bersms sehingga konon2nya nak menceritakan masalah yang dihadapi.. Bila diberi peluang mulalah berdolak dalih konon2 si cikgu akan memarahi dan membencinya.. Dan akhirnya bila cikgu dah malas nak layan dan reply msg tesebut terus gunakan no lain dan menyamar menjadi seorang yang lain.meminta agar cikgu tersebut melakukan sesuatu yang diluar tanggungjawab seorang guru bagi memenuhi nafsu pelajar tersebut.. Gila tak gila, kalau setiap malam di undang dengan msg yang sama merayu2 untuk diperlakukan sebegitu.. Dan masalah besarnya ialah dia adalah oku dan mungkin ini adalah salah satu kategori mereka.. So apa penyelesaian?? **aduan telah pun dibuat**

2 comments:

syiela said...

alamak jenuh nak tepis ni.. tak pernah kena. minta simpang la..

berani betul budak2 sekarangkan lagi terkejut bila tau dia OKU..

rosy.lane said...

ngeri.