Jelita ostric farm.. akhirnye menjejak jugak kaki aku kat sini.. duk tgk kat google org kata best je nak gak try apa yang bestnya.. kitorg smpi sini masa matahari kat atas kepala.. mmg panas x ingat la.. tapi alang2 dah dekat, terjah je... masa kitorg pergi, suasana agak lengang, cam xde orang je yg dtg..huhu.. dlm hati " cam tak best je".. lagi2 bila yuran masuk rm8 sorang.. gila mahal.. mmg x berbaloi rasanya.. hehehe tp sebelum masuk ladang la kan.. hehehe.. tapi tapi tapi.. rupanya mmg berbaloi2 dengan yuran masuk.. macam2 kami dapat..
|
kami disambut dan dilayan oleh trainee dari uni malaysia terengganu kalau x silap.. penerangan dia mmg sgt2 terperinci.. dan cuma ada dalam 2-3 ekor saja ostrich dalam satu2 kandang mengikut umur diorg.. jantan betina.. yang bestnya, rupanya untk family burung ni si jantan lebih cantik ciptaannya berbanding betina.. berlawanan dengan lumrah manusia. lagi satu telur2 burung unta ni x dieramkan kan ladang ni tp kat mana tah. lupa plak nama tempatnya |
|
en suami bagi makan jagung kat burung unta.. x sakit pun dia patuk.. aku cuba sekali je, sebab takut dia makan tgn aku.. hehe paruh dia kan boleh buka besar.. muat kot kalau masuk jari2 yang x berapa nak comel ni |
|
bergambar plak dengan kambing.. perghh masuk dalam kete terbau2 bau kambing.. hamis kot.. ada gak tanya diorg kambing2 ngan ternakan yang lain untuk dijual ke.. tp diorg kata x open pun utk jualan.. tu semua untuk penyelidikan diorg je |
|
ok pas tu berdiri atas telur burung unta tu yg boleh tampung smpi 200kg.. tp takut gakla, takut teknik nak memijak tu x betul. tak pasal2 pecah.. tp seperti gambar di atas terbukti kebenarannya. one more info, burung unta ni takut dengan benda2 tinggi, tu pasal ada buluh kat situ, untuk mengelakkan burung unta dari mendekati kitorg |
pastu menunggang ostrich plak ..punya susah nak naik..ada teknik2 dia.. tp yg penting tangan aku sakit mcm melecet sebab pegang kepak diorg yang besar tu.. lepas tu mata diorg ditutup dengan kain.. untuk mengelakkan diorg lari laju.. ntah berapa km tah diorg boleh lari..lupa dah
|
kami dapat sijil, hasil keberanian kami menunggang.. :) |
abis menunggan kiorg tgk plak perlumbaan unta.. unta ni diorg lari lurus je.. so kalau nak bagi diorg membelok ke kiri atau ke kanan kena tutup sebelah mata.. belok kanan tutup mata kiri, belok kiri tutup mata kanan.. nak suruh berhenti pegang leher dia.. tp sayang, sekor lagi dh tua.. x berapa laju nk lari.. sian je tgk, dan burung tu 1st batch kat ladang ni..
abis tgk race, kitorg pergi plak kedai cenderamata.. beli minyak unta, untuk urut boleh, sapu pun boleh.. x jual ditempat lain.. cuma kat situ je ada.. dah abis tu, terus balik serting..
No comments:
Post a Comment