Post Terkini

Thursday, September 25, 2014

JJCM : Williams corner

Ini entry Jalan-jalan cari makan  aka JJCM edisi tuan tanah ye. Edisi JJCM kali ni kita akan singgah santai di Williams Corner yang bertempat di Plaza Mayang. 

Alkisah.. malam sebelum cuti penggal haritu, berkira-kira dengan en hubby nak makan kat mana.. Puas berbincang-bincang dan akhirnya Williams Corner jadi pilihan. Aku macam biasala mesti tanya sedap atau tak, berbaloi ke tidak..  Dan jawapan en suami haruslah sedap tapi portion yang ada besar cukup untuk 3-4 org makan. Dia kata harga pun boleh tahan mahal.. Kedai pun buka meja kat tepi jalan je.. Tapi bila portion besar tu yg aku susah  hati sikit sbb  perut kitorang ni space dia cam rumah flat je bukan banglo.. erkk ada kena mengena ker? .So macam biasa kerja aku mencari info menggunakan bantuan en google. Dan setelah dikenalpasti sekarang dah ada portion untuk seorang makan.. Sooo apa tunggu lagi..lets go honeyyyy...

Sampai2 di Williams Corner, rupa2 nya dia takde sediakan menu yang boleh kite tengok n pilih mana yang berkenan.. Yang ada cuma kat dinding je.. Memang takla ngko nak bangun, pastu nk merenung menu kat dinding tu kan.. Rupa2nya menu sume ada  dalam memori org yang ambil order tu.. Mula2 aku pilih chicken chop, tp dia kata chicken chop situ stail kampung sebab digoreng.. hmm mmmg aku x berkenan la.. so dia suggest ambil roasted chicken.. Ok. Menu confirm.. Kami minta portion 1 orang makan ye.. 


williams corner
ROASTED CHICKEN RM 21
ROASTED CHICKEN seperti gambar di atas mmg aku recommend kat korang. Ayam dia sangat sedap.. Rempah dia betul2 serasi dengan ayam tu.. Sedap.. Tapiiiiii... untuk korang yang makan sikit,  hidangan ni sesuai untuk 2-3 orang ye.. aku ulangii..2-3 orang ye.. Sebab apa?? dia guna 1/2 ekor ayam.. Haaa ambil ngko.. mengah kot nak perabih.. dan memang tak abis pun..
beef steak
BEEF STEAK RM 45
BEEF STEAK ni plak kesayanganku yang order. Didatangkan sekali dengan onion ring dan kentang bakar.. Yang dalam mangkuk tu aku x sure plak sos apa.. Rasa?? Pada aku biasa2 je beef dia.. Takdela  x sedap langsung dan bukanlah sedap sangat.. Tengah2.. Tapi portion dia...mak aihhhhh.. memang muak abis la.. Nak tau sebab apa??  Beef steak tu memenuhi ruang 8/10 hotplate tu dan ketebalan dia 2 kali ganda dari beef steak yg biasa korang makan cinonet tu je.. Sumpah besar..Yang ni aku rasa portion dia tuk 3-4 orang makan ni.. 

Air kami ambil mango juice je.. Memula nak ambil avocado juice yg dikatakan sedap tu.. tp dah abis plak..Tapi xpe, sebab mango juice ni pun sedap.. Total: RM91.. Ambik kau.. makan berdua je pun..
roasted chicken
tuan tanah
Tips aku.. silalah bawa group dalam 3-4 orang tuk makan sini ye.. Memang berbaloi-baloi.. Kalau datang berdua tu pilih satu je menu untuk 1 org makan.. jangan nak tamak plak macam kitorg ni.. Membazir..sob sob sob..

Untuk yang nak try blh jumpa williams corner di alamat ni ye : 
3-1, Ground Floor Plaza Mayang,
Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya
47300 Petaling Jaya, Malaysia

Business hour : 6.00pm-3.00 am
No tel: 018-3517921



Post a Comment