Post Terkini

Friday, September 26, 2014

JJCM : Bustel Pantai Klebang

Banyak pulak entry JJCM  kali ni ye.. Konsep terbaru blog aku kot..Hahaha..Nan hado.. Ini kategori rajin ni.. JJCM kali ni kite akan ke kawasan pantai klebang, Melaka iaitu kawasan pantai yang telah pun ditambak dengan pasir dan sekarang dijadikan pusat reakreasi menghirup angin petang. tapi angin pun xde.. Kenapa bustel ? Sebabnye kombinasi antara bus dan hotel menjadi lah bustel dan idea ini dicetuskan oleh mantan ketua menteri Melaka. 

Aku ngan en hubby datang ke Melaka sebab nak menjenguk biras yang dimasukkan ke hosiptal sebab denggi. Tapi masa kitorang sampai dia dah pun discharge dan petang tu balik Segamat. So, sebab dah tak ada tujuan lepas tu kami decide untuk ke Bustel Pantai Klebang. Sebenarnya aku pun tak tau kewujudan bustel ni, en suami yang ajak ke sana. Maybe kawan-kawan dia bagi info agaknye,,


pantai klebang
Bergambar di laut yang telah ditambak menjadi daratan
Dan yang bestnye, kak zal yang duk kat Melaka pun tak pernah lagi sampai kat bustel ni. Haha itu standard, samala cam kami ni yang duk Shah Alam.. I-City tu kalau xde yang mengajak mmg tak kan sampai lah jawapnye..

Ok.. Jom kite layan gambar

bustel melaka
Pandangan dari luar

Tips : Nak naik bus tu sila perhati sama ada tingkap terbukak atau tidak ye.. Cam kami mula2 tu cool la sebab pekena coconut shake kan.. Pastu bila order air panas.. haa amik kau.. baru terasa kehangatannya.. Kat sini boleh je nak beli kat mana2, konsep dia gerai terbuka.. Boleh bawa naik atas bus dan kemudian silalah buang ke dalam plastik atau tong sampah yang disediakan ye..

coconut shake
Kak Zal menunggu coconut shake
bustel
my cucu.. tu coconut shake perisa oreo tau.. aku pun x tau rasa apa
pantai klebang
sementara menanti order ambil gambar kenang-kenangan dulu
bustel melaka
cinta hati

 Di mana hotelnye??

Haa mesti korang pelik kan.. dok pum pang pum pang pasal bustel tapi tak nampak pun kelibat hotel kan. Sebenarnye bustel tu ada 2 kategori.. 

Satu yang telah direnovate menjadi hotel. Pendapat aku setiap bas diubah kepada 2 bilik hotel. Sebab aku nampak ada 2 biji aircond yang dipasang kat bawah bas tu.. biji ke buah ek untuk penjodoh bilangan? . Interior kat dalam tu tak dapat pulak nak dipastikan keadaannya.. 

Yang kedua, yang kitorg duk duduk la ni.. bus yang direnovate menjadi tempat makan.. dalam bas ada 4 meja kecil kira dan kanan bersamaan 8 buah kerusi. Satu kerusi boleh duduk 2 orang. Bahagiantempat duduk pemandu dijadikan tempat basuh tangan manakala bahagian enjin plak dijadikan dapur. Tapi diorg tak masak pun kat dalam ni.. Gerai sume kat luar. Dalam ni cuma simpan barang basah je kot..

So kalau korang suka dengan konsep bustel ni, jangan lupa datang ke Pantai Klebang ye kalau berkesempatan. 

1 comment:

Ibu Fahim said...

Menariknya...Pantai Klebang ya...
Masuk dalam list percutian jugalah...
TQ for INFO...;-)