Ok dah janji kan nak share resepi tomyam putih. Memang dah lama teringin nak masak tomyam ni. Tanya resepi kat member uni, Mc Ha tapi tak buat juga. Tanya gak resepi kat BIL, Ise tapi tak terbuat juga. Akhirnya, last week berjaya gak aku buat. Komen aku?? Tomyam putih ni lagi sedap kot plus lebih sihat berbanding tomyam merah yang kena guna pes tu.
Bahan-bahan : (2-3 orang)
- isi ayam
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 inci halia
- 2 batang serai - diketuk
- 4 ulas bawang putih -didadu
- 2 biji bawang besar
- 10 helai daun limau purut
- 1 biji limau nipis (ambil jus)
- 2 biji tomato - belah 4
- garam
- secubit gula
- sedikit susu cair/ santan ** aku tak letak
- sayur-sayur hiasan
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih. Masukkan ayam. Kacau hingga ayam separuh masak.
- Masukkan dan didihkan air dalam periuk. Masukkan lengkuas, serai, halia,bawang besar. Biarkan mendidih.
- Masukkan pula daun limau purut dan jus limau. Masukkan juga garam dan sedikit gula.
- Masukkan susu cair, tomato dan sayur-sayur hiasan.
- Biarkan sekejap. Sedia untuk dihidang.
Pendapat aku, sangatla mudah buat menu ni. Ibarat kau merebus je..dan kalau diberi pilihan haruslah aku buat tomyam putih ni berbanding tomyam biasa..Sebabnya?? Lebih sihat tanpa pengawet. :)
2 comments:
Boleh cuba resepi ni nanti....selama ni asyik guna pes siap untuk buat tomyam....
aku tak ingat aku dh penah mkn ke belum tomyam putih ni...
Post a Comment