Bahan-bahan:
1 biji bawang putih- cincang halus
1 sudu cili kisar brand puteri
5 biji fishball
Sawi - terpulang la korang nk banyak mana pun
3/4 gelas air
kicap manis secukupnya
1 biji telur
Garam secukupnya
Cara-cara:
1. Panaskan minyak.. tumis bawang putih sampai layu..
2. Masukkan cili kisar. kacau sampai minyak dia keluar..
3. Masukkan air ,garam dan kicap.. agak2 dah mendidihkan masukkan pulak telur dan fishball. Kacau sampai mendidih.
4. Akhir sekali masukkan mee dan juga sawi.. terpulang pada korang sama ada nak jadikan mee basah atau mee goreng biasa.
5. Siap untuk dihidang..
**kalau korang pasan aku tak pakai pun bawang merah kan?? sebabnya cili kisar brand puteri ni serba serbi lengkap. semua dah ada sekali..bawang putih, bawang merah, asam jawa, garam semua ada..pendek kata kalau nak buat sambal tumis pun korang guna cili kisar puteri ni pun takpe.. tak payah nak letak apa2 pun boleh.. tapi kalu nak tambah lagi pun boleh..bawang tu kan salah satu rahsia kesedapan masakan. aku mmg malas nak merebus , membuang biji cili kering.. so inila option yang terbaik.. rasa dia tak lari kalau kita guna cili kering..berbanding kalau cili kisar/giling brand lain.. pendapat aku la..orang lain aku tak tau**
*** aku kurang gemar sikit kalau mee.. lebih prefer kuew tiau atau bihun.. tapi en suami mcm suka je makan mee sebab dia yg selalu offer nak beli.. kuew tiau plak dia kureng sket.. so, kalau buat bekfes mesti mee ngan bihun je.. tak pernah kot buat kuew tiau..***
1 comment:
knp x post ke rumah akak? dah hilang addres ke...hahaha
Post a Comment