Post Terkini

Friday, July 12, 2013

Resepi Ayam Panggang Blackpepper

menu kami semalam.. berbuka dengan western food home made... alhamdulillah kenyang sampai ke malam.. tak ada la nak makan semula atau mencari-cari lauk di dapur..

ayam panggang blackpepper bersama hotdog,scramble egg, coselaw,kentang bakar.. so yummyyy
dari sudut pandangan lain

delicous ... nyum nyum
menu diambil dari azie kitchen setelah perancangan untuk membuat ayam panggang rosemary terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakcukupan bahan... so gigih menggoogle dan inilah hasilnye . so kat sini aku tepek kan resepi asal azie kitchen dan resepi versi aku .

Ayam panggang blackpeper
Resepi asal : Azie kitchen

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam -potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
coarse black pepper secukupnya
sedikit madu
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Cara-cara :
1. kisar halia dan bawang putih sehingga halus. lumur pada ayan. satukan sos tiram dan madu. lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam
2. masukkan ke dalam loyang.. renjiskan minyak zaitun dan bakar pada suhu 150 darjah celcius

Ayam panggang blackpper
Resepi  :  Muzai

Bahan-bahan :
3-4 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos blackpepper jenama life
1 sudu besar sos BBQ original jenama heinz
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
sedikit minyak

cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih sehingga halus. campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada ayam.. sebatikan dan diperap 3-4 jam
2. bakar dengan pemanggang ajaib.
3. setelah siap bolehlah dihidang bersama bahan-bahan sampingan seperti coselaw dan sebagai nye.. dimakan bersama sos blackpepper, mayonis dan sos cili..

kami makan berdua je, so perlu lah mengolah sedikit kuantitinye.. dan ini adalah anggaran yang aku gunakan. so bolehlah mengikut kesesuaian yang diingini..  cubalah pasti tak menyesal.. buat untuk nasi ayam pun xde masalah..

selamat mencuba..

**hari ni akan berbuka dengan laksa johor, x buat pun.. beli ngan cikgu sekolah je :)**

Post a Comment