Post Terkini

Thursday, July 18, 2013

Asam pedas

Asam pedas dalam bekas ni untuk kawan aku.. kitorang buat schedule masak berbuka bergilir2.. so takdela penat sgt setiap hari nak berbuka.. so hasil testimoni en suami dan kawan aku, maka nye bolehlah aku share ngan korang kan.. cara aku masak asam pedas ni simple je, ikut apa bahan yang ada.. tp aku akan bagi resepi yang aku rujuk dari guru online kak ana suzana.. iyelah, sebab nak bagi orang lain makan kan,kalau boleh biarlah perfect.. jom tgk resepi.. Aku bagi resepi asal, tp aku akan gtau bahan apa yang mmg aku x pernah guna atau selalu skip..

Sumber : Blogger Ana Suzana

Bahan-bahan kisar :

3-4 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
belacan

Bahan-bahan lain :

5-6 ekor ikan (terpulang nak berapa ekor dan jenis. )
kacang bendi
daun kesum
bunga kantan
** 1 sudu kecil jintan manis
** serbuk lada hitam
** sedikit halba
** 1 sudu besar serbuk kari
cili kisar (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

yang bertanda ** aku x guna dalam masakan aku

Cara-cara :
  • Blender bahan-bahan kisar
  • Panaskan minyak untuk menumis.. Tumis bahan-bahan kisar. setelah naik bau masukkan pula cili kisar. Tumis sekali lagi sehinnga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya..Tambahkan pula air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  • Masukkan garam secukupnya, daun kesum, dan bunga kantan dan bendi. Masak sehingga hampir mendidih atau bendi kelihatan empuk.
  • kemudian masukkan ikan dan kecilkan api. Renehkan sehingga ikan masak dan matikan api
  • Siap untuk dihidang.



Post a Comment