Post Terkini

Wednesday, July 17, 2013

Mee Hailam

Menu berbuka ahad lepas..makan mee hailam je tp alhamdulillah kenyang.. tetiba tekak ni teringin nak makan, en suami pun ok je.. menu mee yang paling simple untuk dibuat.. campak2 je pun.. senang dan mudah.. dan yang paling penting lagi sedappppp dari kat kedai.. serius tak tipu.. jom kite tengok resepi.. kalau x nak tgk sudah..duk diam-diam g tgk tv..


Resepi mee hailam  (2-3 org) : 

Bahan-bahan :
250 g mee kuning (dicelur)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang merah (dicincang)
1 sudu besar cili kisar
2 ekor sotong (potong bulat)
dada ayam (potong dadu)
5 biji bebola ikan
1/2 ikat sawi
3 batang putik jagung
1 sudu cili sos
kicap kipas udang secukupnya
1 sudu tepung jagung (aku guna tepung biasa je, sbb tepung jagung takde)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
  • Masukkan ayam, sotong dan bebola. Tambahkan garam. Kacau sebentar
  • Masukkan pula putik jagung dan sawi, sos cili, kicap dan sedikit air untuk kuah.
  • Untuk memekatkan kuah tuangkan tepung jagung(dibancuh dengan air)  mengikut kepekatan kuah yang diingini dan kacau.
  • Apabila kuah sudah pekat bolehlah diangkat dan dituang ke atas mee


** Bahan-bahan sampingan terpulang pada korang nak letak apa.. Yang asasnya bawang,kicap, sos,garam dan tepung jagung.. Selamat mencuba resepi mudah tetapi hasilnye umphhh...
Post a Comment