Post Terkini

Showing posts with label menu berbuka. Show all posts
Showing posts with label menu berbuka. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Asam pedas

Asam pedas dalam bekas ni untuk kawan aku.. kitorang buat schedule masak berbuka bergilir2.. so takdela penat sgt setiap hari nak berbuka.. so hasil testimoni en suami dan kawan aku, maka nye bolehlah aku share ngan korang kan.. cara aku masak asam pedas ni simple je, ikut apa bahan yang ada.. tp aku akan bagi resepi yang aku rujuk dari guru online kak ana suzana.. iyelah, sebab nak bagi orang lain makan kan,kalau boleh biarlah perfect.. jom tgk resepi.. Aku bagi resepi asal, tp aku akan gtau bahan apa yang mmg aku x pernah guna atau selalu skip..

Sumber : Blogger Ana Suzana

Bahan-bahan kisar :

3-4 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
belacan

Bahan-bahan lain :

5-6 ekor ikan (terpulang nak berapa ekor dan jenis. )
kacang bendi
daun kesum
bunga kantan
** 1 sudu kecil jintan manis
** serbuk lada hitam
** sedikit halba
** 1 sudu besar serbuk kari
cili kisar (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya

yang bertanda ** aku x guna dalam masakan aku

Cara-cara :
  • Blender bahan-bahan kisar
  • Panaskan minyak untuk menumis.. Tumis bahan-bahan kisar. setelah naik bau masukkan pula cili kisar. Tumis sekali lagi sehinnga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya..Tambahkan pula air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  • Masukkan garam secukupnya, daun kesum, dan bunga kantan dan bendi. Masak sehingga hampir mendidih atau bendi kelihatan empuk.
  • kemudian masukkan ikan dan kecilkan api. Renehkan sehingga ikan masak dan matikan api
  • Siap untuk dihidang.



Wednesday, July 17, 2013

Mee Hailam

Menu berbuka ahad lepas..makan mee hailam je tp alhamdulillah kenyang.. tetiba tekak ni teringin nak makan, en suami pun ok je.. menu mee yang paling simple untuk dibuat.. campak2 je pun.. senang dan mudah.. dan yang paling penting lagi sedappppp dari kat kedai.. serius tak tipu.. jom kite tengok resepi.. kalau x nak tgk sudah..duk diam-diam g tgk tv..


Resepi mee hailam  (2-3 org) : 

Bahan-bahan :
250 g mee kuning (dicelur)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang merah (dicincang)
1 sudu besar cili kisar
2 ekor sotong (potong bulat)
dada ayam (potong dadu)
5 biji bebola ikan
1/2 ikat sawi
3 batang putik jagung
1 sudu cili sos
kicap kipas udang secukupnya
1 sudu tepung jagung (aku guna tepung biasa je, sbb tepung jagung takde)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  • Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
  • Masukkan ayam, sotong dan bebola. Tambahkan garam. Kacau sebentar
  • Masukkan pula putik jagung dan sawi, sos cili, kicap dan sedikit air untuk kuah.
  • Untuk memekatkan kuah tuangkan tepung jagung(dibancuh dengan air)  mengikut kepekatan kuah yang diingini dan kacau.
  • Apabila kuah sudah pekat bolehlah diangkat dan dituang ke atas mee


** Bahan-bahan sampingan terpulang pada korang nak letak apa.. Yang asasnya bawang,kicap, sos,garam dan tepung jagung.. Selamat mencuba resepi mudah tetapi hasilnye umphhh...

Wednesday, August 17, 2011

Izzul vs The Manhattan Fish Market

Sabtu lepas g melawat Izzul kat Sime Darby Medical Centre.. Dalam kul 3 lebih kot baru bertolak ke sana.. sebabnya ada banyak destinasi sebelum nak menuju ke sana.. Pagi2 dah bertolak ke UMRA, tetiba my twin call suh masak la plak..ingatkan nak beli je, tp teringat bulan ni kan bulan pose xkan la nak beli makanan plak..kang ada plak kena tangkap JAIS kang..huhuhu..owhh si ibu cuti berpuasa.. itulah keistimewaan wanita..hehehe.. ok, konon2 nak g servis SAVVY n shopping raya dulu, tp sebab ada arahan secara x bertauliah harusla tukar plan kan..so en suami pergi servis sengsorang dan pn isteri harus kembali ke rumah untuk masak.. shopping ditunda hari Ahad..

sampai sana si Izzul ngah tdo..kejut dia n Alhamdulillah mood dia sgt2 baik..terus tersengih2 nampak acik dia yang cun ni..hehehe.. pastu Ise ajak en suami berbuka di luar.. my twin pun nk ikut, so minta permission nurse tuk keluar sebentar bersama Izzul tersayang.wahhh ke main suka lagi dia.. so g la jenjalan kat parkson.. Izzul sepanjang jalan senyap je..bagus2..suka la tu dapat jenjalan kan..sambil jalan2 masing2 duk tercari2 nak berbuka di mana..g kenny roger's fully booking la plak..so g lah TMFM..sambil tunggu berbuka, g la jenjalan dalam parkson.. Total cost?? rm 150++ gak la tuk 4 orang makan.. 'berbaloi2'...huhu..xpela, sekali sekala(terakhir kot)... thanks en Ise sebab belanja..

so before balik, ada orang tu nak singgah Elianto la plak..bukan main lagi ibu Izzul eh..abis dia pau papa Izzul beli make up...acik dia ni tukang hasut..kehkehkeh..dah2, xleh lelama lagi..sang lelaki mau cepat2 pulang takut tinggal maghrib..so berangkat la kami ke hospital kembali.. kami xpe, masing2 diwajibkan bercuti..hehe



Monday, August 1, 2011

1 Ramadan

Alhamdulillah.. sempurna puasa pertama dan selamat dah semua muslim berbuka.. macam biasa hari pertama selalunya excited sket nak berkongsi juadah puasa.. nanti dh masuk minggu 3 dan malas nak update..
ok..macam dlm gambar..inilah menu berbuka kami di bulan puasa ni.. Nasi carrot corn, sayur campur n ayam masak ros.. memang sedap.. x tipu sebab en suami puji..hehehe.. first time buat ayam masak ros ciplak dari resepi SAJI keluaran ogos 2011 dan di'adjust' mengikut kesukaan saya.. memang x sia2.. cukup segala rasa.. Alhamdulillah..
ingat dulu2 masa mula2 belajar masak sket2 rasa masin ke tak, tawar ke tidak, apa lg bahan yang kurang, skrg Alhamdulillah semuanya dah boleh agak dah..
owhh selain menu utama kami, en suami beli tepung pelita ngan tauhu sumbat.. pun sedap jugak.. honey dew, air blackcurrant dan semestinya mesti ada kurma.. abis hari ni, so otak kena bekerja semula utk memikirkan menu berbuka esok...

**x perlu pikir menu sahur sebab selalunya recycle lauk berbuka kalau masak banyak..kalau tak, ikan goreng, ayam goreng ke pun dah cukup...tambah ngan kurma dan air milo**