Post Terkini

Wednesday, May 6, 2015

Fettucini Carbonara

Hello hello hello..... lama sudah tak bersiaran.. iklan Nuffnang pun tak menari rancak kat akaun..  Malam ni sebenarnya nak bagitau, i masak Fettucini Carbonara... Sedappp kauuu.... angkat bakul naik sendiri.. Hahaha sebenarnya tak pernah pun masak carbonara ni.. sebab terpikir dah dalam kepala mesti muak.. makan sikit bolehlah.. yang balance??? Sapa lagi nanti nak perabih... 

Tapi carbonara ni aku ingkar resepi.. Xde letak susu segar bagai. Ikut dan aku je..

Fettucini carbonara versiku..
Meh sini nak risik-risik resepi stail aku..

Bahan-bahan (3-4 orang makan) :-
  • 1 tin kecil carbonara
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang besar
  • Ayam cincang
  • 3 ekor udang besar - dicincang/potong kecil2
  • Hotdog
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Daun Oregano kering
  • Chili flakes (optional)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Sedikit parmesan/mozarella cheese
  • Air rebusan udang
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak.. Masukkan ayam dan hotdog.. Kacau sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bawang dan udang. Kacau sehingga masak.
  2. Masukkan sos carbonara, air rebusan udang,sedikit garam dan cheese. Kacauu sekejap.. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan oregano. Kacau hingga mendidih.
  3. Akhir sekali bolehlah masukkan fettucini dan kacau.. Sedia untuk dimakan..
carbonara
Nak kasi pedas?? Tambah je chili flakes
Ok sekian  untuk hari ini.. Doakan aku rajin mengupdate ye... so malaaassssssssssssss  sekarang.. Nak g keje pun x semangat..
Post a Comment