Post Terkini

Monday, May 18, 2015

Beg tangan terbesar

Jumaat lepas.. 15 Mei 2015 sehari sebelum Hari Guru aku dan kawan-kawan menyertai program bersama Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) menjahit beg tangan terbesar untuk cipta Malaysia Book of Record & Guinness World Record. Ohh bukanlah kami saja yang buat beg ni, cuma sebahagian yang terlibat. Banyak lagi institusi dan syarikat persendirian yang terlibat.. Tak caya korang boleh terjah facebook diorang di epal store . Aku ni pun pada asalnye tak terlibat pun.. Iyelah sebb mesin jahit pun aku sentuh masa umur 15 tahun dulu.. Lama sangat dah.. Tapi bila dia kata tak pandai menjahit pun takpe, so oklah.. Terus bagi nama untuk join.

Dengan kerjasama PJSK, KDSM dan Epal
Program start 9.30 pagi.. So datang makan2 dulu, then pihak epal beri penerangan kemudian ada plak contest pilih lagu terbaik.. So kami dipecah2kan kepada kumpulan2 yang mengukur, menggunting dan menjahit.. Of coz la aku tak ambil menjahir kan.. Aku ambil part mengukur.. Ukur pakai pola dia siap2.. Sebelum tu.. pakai kain apa ek kitorang jahit ni?? Kitorang sumbangkan 2 helai kemeja cotton. Aku sah2 tok laki xde kemeja, so minta kawan bawakan.. Hehe.. Itu sahaja.. Yang lain2 mcm mesin jahit, gunting, iron, kapur lukis semuanya diorang yang sediakan.. Bagus kan...

Lama kau nak tunggu.. Dari kul 9.30pg smpi 2.30 ptg.. tapi start mengukur, potong, jahit tu dalam kul 10.30-11.00 pagi la.. Sebab sebelum tu kitorang dengar penerangan n tonton video diorang..

beg tangan terbesar anjuran epal
Bergambar kenangan tanda kepuasan..
 Actually diorang nak satu keping betulke penggunaan helai tu ?? je macam kat atas ni..  tapi kitorang dapat siapkan dua.. Bukti seperti gambar di bawah ye..

Yang free hair tu lah wakil dari epal..

So sementara nak menunggu jahitan yang lagi satu siap aku pun test lah mesin jahit diorang.. Debar kauuuu... almaklumlah dah lama x sentuh mesin jahit.. Ada lagi ke skill.. Hehe.. sekali bila dah pegang mesin syok nye lahai.. memula tu ada la senget2 sikit, last2 dia dah cantik sket.. Baru sket eh, belum cantik sangatt.. Haha tp memang best la.. Aku memang aim nak menjahit.. At least pandai jahit baju sendiri pun jadilah. So nanti pas pindah rumah baru, leh la start menabung.. Nak beli mesin jahit Janome.. Pihak epal ni pengedar tunggal mesin jahit janome. Dia kata dalam banyak2 mesin jahit yang diorang guna, janome yang terbaik. Brand dari jepun. Diorang ada mesin jahit yang biasa sampailah yang 30 ke 40k.. Hahaha sila kagum ok.. Aku pun terkejut ada mesin jahit harga puluhan ribu.hehehe..

Haishhh tak sabar plak nak tunggu beg tangan terbesar ni siap.. sebab nak tunggu invitation masuk kat dalam tu..  Beg ni akan sebesar 2 1/2 buah Myvi tau.. memang besar.. Dan yang penting nak dapat sijil tu.. Almaklumlah sekarang semua nak sijil..Ingatkan bila dah keje ni x payah sijil dah..rupanya kena juga..Nasib la labu..hehe..

Akhir sekali sesapa nak join kelas kat epal leh la jengok2 kat web diorang http://epal.com.my/ atau tengok fb epal store . Dan ada kelas jahitan seawal umur 7 tahun.. memang best.. Aku pun nak join kelas gak, tapi kena tunggu setel semua benda la especially nak pindah ni..duit keluar  mcm air.. fuhhhh...

1 comment:

nor said...

assalam puan, saya nak jual mesin janome 350e saya. kalau berminat boleh whatsapp +60192517133. harga nego :)