yea...dulu2 masa sekolah..cikgu selalu tanya.." apa cita2 awak?" dan saya akan jawab "saya nk jadi polis, doktor, atau cikgu" ..dan bila dah masuk sekolah menengan saya pegang kepada dua cite2 saya..sama ada doktor atau cikgu.. tp bila saya masuk universiti segala cita2 tu dah terkubur.. saya x akan jadi doktor sebab amik kos sains komputer.. dan saya x mau jadi cikgu..sebab cikgu ni macam x best je.. tp keinginan utk jadi cikgu bermula semula bila mana saya menjadi guru ganti di sekolah kakak saya.. masa tu saya mengajar budak2 darjah satu.. owhh ia adalah kenangan yang terindah.. dan subjek yang saya ajar agama islam dan pendidikan seni..
peristiwa satu: saya meminta pelajar menyalin apa yang saya tulis di papan hitam..ketika menulis di papan hitam, saya menoleh ke belakang dan alangkah terkejut apabila melihat semua pelajar berdiri sambil menyalin apa yang saya tulis.. paling hebat lagi apabila hampir semua pelajar menyanyikan lagu ruffedge :gerak ke kiri, gerak ke kanan, pop ye yeh...(lebih kurang mcm ni la seni katanya) sambil badan mereka pun digerakkan..masa tu saya mengucap panjang...
peristiwa dua:apabila saya dimarahi oleh seorang bapa kerana membiarkan anaknya berlari2 di korridor sehingga berjatuh dan menyebabkan kecedaraan..dia tetap menyalahkan saya.. hakikatnye... pelajar tersebut meminta keizinan untuk ke tandas dan dia berlari2 di luar pengetahuan saya..
tapi apa yang membuatkan saya mempunya keinginan untuk menjadi guru kembali apabila melihat pelajar dapat memahami apa yang diajar.. seperti ada satu kepuasan yang x dapat diluahkan.. dan saya nekad untuk menjadi guru SEKOLAH RENDAH..
tp rupa2nya rezeki saya adalah di sekolah menengah..ye..saya pernah menjalani praktikal di salah sebuah sekolah terbaik di Pulau Pinang..juga pernah mengajar di sebuah sekolah yang sangat tercorot di sebuah daerah di Selangor..dan sekarang di sebuah sekolah elit di Shah Alam..
perbezaannya :
di Pulau Pinang pelajar2 ini sering mengkod kan apa yang dikatakan oleh guru mereka..jadi setiap patah yang diucap haruslah berhati2.. disini juga guru2 haruslah bersedia fizikal dan mental kerana pelajar2 akan sentiasa mencabar tahap intelektual guru..mungkin kerana majoriti pelajarnya non malay jadi mereka lebih cepat dari guru terutama berkaitan dengan isu semasa..
di sekolah yang dikatakan sangat tercorot:
saya akui disekolah ini pelajar2 nye adalah sangat lemah dan ramai juga yang boleh dikatakan samseng..hampir 60% terdiri dari bangsa cina dan selebihnya india dan melayu serta orang asli.. Apa yang menarik, walaupun mereka ini datang sekolah semata2 untuk mendatkan sijil spm sahaja dan tidak fasih berbahasa melayu tetapi tetap hormat pada guru.. walaupun pergaduhan kerap berlaku tidak pernah pula saya dengar tentang masalah mereka terhadap guru2.. walaupun ada yang melibatkan kes polis tp x pernah pulak dengar diorg bertengkar dengan guru.. dan saya sangat suka mengajar mereka semua..walaupun mungkin hanya 10% sahaja pertuturan saya yang difahami tp sekurang2nya ada juga yang diingati mereka..di sini saya dapat mendidik mereka..
dan sekarang:
saya sangat sedih..bila pelajar2 seperti kurang hormat kepada guru.. bila pelajar2 tidak langsung boleh ditegur.. saya selalu diingatkan agar sentiasa berhati2 dalam segala tingkah laku..takut2 nanti guru yang akan dipersalahkan..
Nahh disinilah saya akui perbezaan guru dulu dan sekarang..kalau dulu, sir nazir saya tarik hidung dengan sangat kuat dan pernah juga senior saya ditampar, itu semua tak menjadi kudis langsung.. x seorang pun parent datang menghadap..
kalau dulu pelajar dihukum kerana merokok dengan disumbatkan 5-6 batang rokok di mulut, tak pernah pun diisukan, tp saya x rasa sekarang dibolehkan..silap haribulan akan dihadapkan ke mahkamah..
kalau dulu saya akan menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan jika tidak dihantar markah 0..tp skrg tidak lagi..harus melapor kepada parent terlebih dahulu..
dan banyak lagi perbezaanya..
walaupun hanya 10 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan tp nampaknye perbezaan ini adalah sangat ketara.. guru hanya boleh mengajar sahaja bukan mendidik..itu yang pasti..
tp alhamdulillah masih ada juga ibu bapa yang menghargai guru..mengucapkan terima kasih apabila Hari Terbuka Sekolah..
dan saya akui guru2 sering dipertikaikan dengan gaji dan kerja separuh masa.. tp janganlah di herankan sangat kerana guru dahulu x sama dengan sekarang.. mustahil untuk seorang guru bekerja separuh masa (jika ada mungkin hanya segelintir sahaja)..
dan saya akui juga.. proses PnP seperti jatuh no2..yang lain2 haruslah menghadiri mesyuarat, kursus taklimat dan sebagainya.. tp para ibu bapa diluar jgnlah sentiasa menyalahkan guru..kerana kami hanya menurut perintah sahaja..
dan jangan juga anggap kami kerja separuh masa sebab segala kadang2 terpaksa di bawa balik.. kami bukan hanya setakat mengajar sahaja, kadang2 meja sendiri pun x dapat nak duduk.. ada sahaja yang perlu diuruskan..
cuma juga, jgn selalu menyalahkan guru dengan mengatakan anak awak sahaja yang betul..pokok pangkalnye kenalilah anak anda dan percayailah guru..mustahil untuk seorang guru mengada2kan cerita..sebabnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada berjumpa dengan anda..kalau anda dipanggil berbincang mengenai anak anda, maka ada la sesuatu yang harus diselesaikan..pendek kata" budak sekarang pandai berlakon"
No comments:
Post a Comment