Alhamdulillah,. Kunci rumah dah dapat.. Tapi malangnya CF aka Sijil Kelulusan Duduk belum dapat lagi sebab air tak masuk lagi. Mencuka jugak la muka, tapi developer bagi option nak ambil atau tak terpulang.. So bincang-bincang dengan hubby last-last kitorang decide ambil gak kunci rumah sebab malas dah nak ambil cuti datang semula even baca dari blogger ramai yang kata jangan ambil kunci.
Perkara kedua, berkaitan denda lewat bagi kunci pada pemilik. Yang tu pun kami dah tanya developer. Dia bagi option sama ada nak ambil tunai ataupun dia sediakan kontraktor sekiranya kita nak buat renovation. Dan upah renovation dipotong dari denda yang perlu dibayar. So tengah berfikir-fikir la ni mana nak pilih. Kalau cash lambat sikit la dalam 3-6 bulan.
|
Pandangan sisi |
|
Pandangan depan |
|
Ruang tamu |
|
Master bedroom |
|
Dapur |
|
Taman permainan |
Keluasan 20x70.. 4 bilik dan 2 bilik air.. So keluasan memang agak kecil la.. Itu jelah kemampuan. Rasa cam tak sanggup pulak beli rumah besar tp bulan2 kena bayar riban.. Kebebasan kewangan katanya.. Keadaan rumah kotor sebab belum dibersihkan. Air kan takde lagi Lepas air masuk baru diorang janji akan bersihkan.
|
Projek sebelah. Bakal rumah izzul |
Projek atas ni pulak rumah my twin. Kalau tidak kitorang pun beli gak. Dah bayar duit booking pun. Tapi lepas tu diorg reject sebab nak guna loan goverment je. Loan gomen plak aku dah guna untuk yang atas. Hmm takde rezeki tapi berbulan2 gak la makan hati.. Hahaha sebab niat dihati nak bercucuk tanam kan. Tapi takpelah ada la hikmahnya tu.
Berbalik pasal rumah, aku memang takde idea pun konsep rumah aku camne.. Lagilah air pun tak settle lagi. Plus ongkos nya pun ngak ada. Tapi aku rasa nak buat konsep minimalis.Tak mau banyak sangat barang. Sebab rumah pun kecil je kan.
So tahun depan, kalau permohonan aku tuk letak jawatan tak diluluskan bolehla apply pindah dekat sekolah berdekatan. Hahaha.. Baik punya plan.. Dan masuk rumah ngan baby baru.. Hehehe
5 comments:
bestnye muzai dah ada rumah..oklah tu 20X70... besar jugak..kt mana ni? ko beli bape weh.. Yuzai pun beli jugak? bukan die dah ada rumah yg kat pajam tu...
ko nak benti ke? dah baby ke weh? hahaha banyak tak soalan aku? dah ko letak entry yg mencurigakan..hahaha
Alhamdulillah Muzai...
setuju yg minimalis tu. kalau x serabut. bukan sebab rumah kecik. kalau rumah besar pun tapi barang byk serabut jugak.minimalis berseuaian dgn rumahlah..hehehe...
selamat rasa keseronokkan rumah sendiri...
anne: hehe byk soalan ko.. aah yuzai mmg dah ada rumah..ni kira rumah kedua la.. haha bkn berhenti keje la.. cuma nk lepaskan jawatan je.. tak terkejar aku wehh.. kalau x dapat apply sekolah baru la..ambil angin baru.. baby? jeng jeng jeng..hehe
k.rose.. hehe itula kita maksud kan..biar rumah nampak luas n x serabut.. haishh x sabar nak rasa seronok..haha
Tahniah. Dah dpt kunci rumah. Paling seronok bila masuk rumah baru. Excited utk hias rumah. Saya pun suka minimalis.. guna warna cerah.. nampak luas.
Post a Comment