Post Terkini

Tuesday, June 23, 2015

APC : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan barangkali.. Rezeki pindah rumah pun ye jugak.. Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan akhirnya aku dianugerahkan APC iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
apc

Satu anugerah yang tak pernah aku impikan... tapi berangan ye..hehe.. Iyalah, aku ni bukan jenis yang ke depan, bawa student pergi luar pun tak pernah.. Tugas aku banyak belakang tabir je.. Tapi Alhamdulillah setakat ni memang aku laksanakan dengan baik.. walaupun stress..hehe.. 

Apapun syukur.. khidmat bakti aku dihargai juga.. Cuma bila dah dapat penghargaan macam ni prestasi kenalah kekalkan.. Huhu baru ingat nak slow sikit tahun ni.. Apapun terima kasih kawan-kawan yang membantu, yang sentiasa menyokong.. Di saat aku stress, kalianlah yang banyak menghibur.. Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Rezeki Allah itu luas dan pelbagai. Inilah salah satu rezeki yang ku terima. Redha dan bersyukur.. Dah dah..melalut plak aku ni.

So majlis penyerahan sijil akan berlangsung lepas raya di SUK.. Lega rasanya..Kalau bulan puasa ni memang aku tak larat rasanya..huhu

Post a Comment