Post Terkini

Monday, June 22, 2015

Travel: Trip ke Sabah - Keningau (Part 1)

Assalamualaikum... Bersiaran kita lagi.. Alhamdulillah cuti yang lepas kami selamat sampai ke Sabah. Bukan atas sebab percutian, tetapi menghadiri majlis perkahwinan Fidah n Azmil di Keningau.. Kami bertolak keluar pukul 6.50 pagi hari Jumaat 12 Jun dan berjanji untuk berjumpa dekat tol Saujan Putra. Dari sana terus bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ke ERL.  Yang pergi kali ni trip kedua. Trip pertama berlepas hari Khamis. Senang cerita trip kedua ni yang tak berapa confirm nak pergi. Aku ngan somi pun berkira-kira nak pergi jugak. Sebab sibuk dengan urusan pindah rumah kan.. Duit pun mengalir cam air.Lagipun kitorang bulan 12 ni nak ke sana lagi. Tu yang nak tak nak je perginya.. Tapi bila fikir2 nak meraikan ahli keluarga, berlepas juga la ke sana.

Bergerak ke KLIA2 naik ERL


Tunggu Angah dan Azwan check in luggage
Tunggu untuk departure.. Angah tak sudah2  orang call..Last-last dia off handphone.
Alhamdulillah, perjalanan selama dua jam setengah berjalan lancar..Cuak gak nak g Sabah lepas gempa bumi tapi semuanya tenang kat sana bila kitorang sampai.

Naik van ke Keningau.. Kitorang sewa van terus ke sana. RM180 satu van. Lebih kurang RM15 seorang.
Perjalanan ke Keningau ambil masa lebih kurang 3 jam. Perghhh sakit punggung den. Melalui Banjaran Crocker yang tinggi memang mengujakan. Cuak pun ada gak..Tinggi sangat weh.. Gambar sepanjang perjalanan pun kitorang tak ambil.. Sebab tak sabar nak sampai.. Rasa macam alahaiiiii.. x sampai2 lagi ker...Jauhnyaaaa la hai.. Tapi akhirnyaa.....


Yeayyyyy dah sampai..
Keningau sebuah daerah yang maju jugak.. Pekan dia semua ada.. Pendek kata, korang InsyaAllah x kan bosan pun.

pasar keningau
Pasar Keningau
Yang ni pasar Keningau. Setiap hari ada pasar ni. Sementara tunggu family Azmil datang ambil, diorang jalan2 kat pasar ni. Laki aku sempat belikan tembakau untuk kengkawan kilang dia. Mujur untuk kawan, kalau untuk dia aku buangkan aje..Hahaha

Inilah homestay kami di Keningau. Homestay di Kg.Bayangan. Nak dijadikan cerita, inilah satu-satunya kampung yang penduduknya seratus peratus Muslim. Agak2 nak makan pun senang. Kedai makan kat depan tu je. Pemiliknya owner homestay ni jugak. Kiranya kat tepi jalan kedai owner, pastu rumah owner dan belakang sekali homestay owner, kami yang duduk..Hehehe.. 

Cuma nak bagitau, anak tekak aku tak boleh masuk dengan masakan orang sini. Masakan diorang jenis healthy. Patut diorang cantik2 agaknya.. Takde masin, xde pedas, xde manis.. Aduiii... pastu style masak pun lain.. Patut aku tengok menu cam pelik.. Sebab aku nk order mee goreng basah tapi dalam menu ada mee goreng basah ayam ngan mee goreng basah daging.. So orderla ayam, sekali bila sampai macam mee ladna plak nengoknye.. Mee tu dia goreng pastu berkuah cam kuah ladna.. Confius aku..Hahaha tapi xpe, tu semua pengalaman. Yang penting chicken wings dia memang sedap..Cicah dengan kicap cair.. Memang tebaik..Sampai muak kau.. Iyelah duk mentekedarah je kerjanya..

Esoknya lepas Zohor, terus bersiap-siap ke Majlis Perkahwinan adik aku.. Kita kasi teaser dulu ye.. Entry nanti ada entry khas ye 

Dalam pukul 3, aku, en somi, wani n azwan mohon beransur sebab nak kejar bas ke Kota Kinabalu. Kitorang semalam je kat Keningau. Sebab aku pun hari Ahad dah nak kena balik Shah Alam. So malas nak tergopoh gapah gerak dari Keningau hari Ahad. Dan sekali lagi melalui banjaran Crocker. Kali ni rasa sekejap plak. Mana tak nye, masing-masing membuta..Sedar-sedar dah lepas Banjaran Crocker. Almaklumlah sini subuh awal, so terpaksalah bangun awal.. ngantuksssssssss..

To Be Continue................

Post a Comment