Post Terkini

Friday, June 26, 2015

Travel : Trip ke Sabah (Final)

** pesanan penaja :  Entry banyak gambar.. sila jgn muntah

Kami sampai ke KK lebih kurang pukul 8.30 mlm.. Check in hotel then rehat2 kejap lepas tu terus kuar jalan2.. Destinasi pertama?? Haruslah ke Pasar Malam Kampung Air.. Berdasarkan pemerhatian aku, ramai yang kata kat sini lebih murah dari Pasar Filipina.  Pasar Kampung Air ni barangan dia 90% semua berasaskan manik dan mutiara. Aku pun masa tu dah rambang mata tp fokus tu penting. Kalau tak memang kering la poket dok memborong segala macam manik.. En Suami pun duk kata ambil jelah..Huhu mujur aku kuat iman.. Takpelah hujung tahun ni ada lagi.. Haa masa tu baru boleh berjoli sakan.

Sabah
Rambang mata weh... Pilih je mana nak..

Pasar kg Air, sabah
Jam mutiara.. Berkenan sungguh la yang ni.. Cantik tapi mujur teringat dah ada jam

Pelbagai bentuk Kerongsang.. Apa yang aku pasti, kerongsang manik design ni memang eksklusif.. Cantik-cantik semuanya.. Tapi kalau yang pearl tu so-so je.. Aku tak berapa berkenan .. Tapi dua-dua tak beli pun..
 Dah puas ronda-ronda kat pasar Kg Air , jomlah kita ke Pasar Filipina.. Haa yang ni lagi glamer.. Kami ke sana naik kereta sebab adik aku sewa.. Tapi esok kalau nk g lagi, jalan kaki je la.. Ala x jauh pun janganlah risau.. Bawa kete lagi jauh sebab nak kena pusing-pusing.

Target nak book hotel ni.. Berdepan je dengan pasar filipine
 Yeayyy.. Dah sampai.. Tujuan utama melantak dulu.. Kami terus ke bahagian ikan bakar. Walaupun ada suggestion supaya tak makan kat sini, tapi aku ok je...Hehe kami semua ok je makan kat sini cuma aku ikut jugaklah nasihat blogger supaya tak order air kat diorang. Hehe tapi aku ubah sikit cara, order air panas.

Pilih-pilih..

Beratur kedai-kedai yang menjual seafood bakar

Lobster RM 70 sekor

Ikan ayam n ikan siakap

Umai... Thumbs up... Datang sini kena cari yang ini tau

Dan juga ini.. letup2 dalam mulut.. Marbelesssss
pasar filipina
Haa inilah bekas nye.. Satu set RM10.. campur semua.. umai +rumpai +mangga
Haa inilah tourist guide kami.. Adik ipar aku, azwan.. sebelah tu yang pakai kemeja adik dia, study unimas.. Dia ni pun asal keturunan sabah gak.. Orang Papar. Tapi mak dia dah menetap kat Perak. Cuma makcik-makcik nyelah masih di Papar 

kerabu rumpai dan umai
Haa ..yang inilah aku cakap tadi.. Sedap sangat-sangat.. Terliur-liur aku  teringat skrg ni..

ikan kerapu
Ikan kerapu bakar

sotong bakar
sotong bakar
udang bakar
udang bakar
So order kami masa tu kalau x silap aku ialah ikan kerapu, sotong, udang, kerabu campur ngan nasi putih 5 pinggan dan air.. Semua sekali RM 104 kalau x silap.. Murah tak?? Pada aku berbaloi la..Lebih kurang Rm20 je sorang makan..

Owhh lupa plak selain daripada kerabu dia, air asam dia pun main peranan penting tau.. Sangat sedap.. Makan plak dengan ikan kerapu panas2.. Terangkat beb...Aku memang banyak melantak ikan kerapu ngan kerabu je..Ikan tu cicah air asam makan plak dengan nasi panas-panas...Perghhhhh rasa nak bertambah nasi je.. Ada plak kerabu yang masam-masam meletup-letup dalam mulut...Haishhhh leleh air liur weiii...

Kalau udang ngan sotong aku ratah je lepas nasi dah abis.. Sedap juga... Alhamdulillah rezeki untuk hari ni.. Nak share bayar tp Azwan nak belanja plak.. Moga murah rezeki korang ye. Lepas ni kalau pergi berdua memang taklah nak makan banyak mcm gini kan.. Tp kalau nak makan juga, aku rasa ambil ikan ngan kerabu pun dah cukup.. Sedap jugak..

Ok lepas makan, kami pun pusing-pusing sekitar KK.. Hantar adik Azwan balik hostel sekali. 
Kengkonon nak pergi pasar basah dia kul 4 pagi, tapi x jadi pun,, Haha aku rasa tidur tu lebih penting kot..

Esoknya, jalan-jalan lagi sekitar KK. Kali ni jalan kaki saja sbb Wani n Azwan balik Papar. .  Pastu dalam pukul 5.00 gerak terus ke aiport KK.. Sebelum tu singgah dekat Tanjung Rhu makan kopok lekor ngan mangga muda kat sana.. Tanjung Rhu pantai dia x berapa cantik tapi angin dia memang buat korang nak lepak lama kat sana. Tapi aku x bolehla.... Pastu terus g airport dan tamatlah perjalanan kami ke Sabah..  
Post a Comment