Post Terkini

Friday, December 16, 2016

Sukaneka : Gold Coast Morib

Pagi-pagi lepas breakfast terus kami ke pantai.. Mencari lokasi untuk sukaneka.. Tak tau kat mana.. Air laut tengah surut masa ni.. Kemain suka mira dapat berlari2 kat pantai.. Tapi ummi la yang risau takut dia jatuh tergolek.. Kalau lari bukannya ada brek budak ni..

Comel la hai... Dua kali juga jatuh tergolek.. Tapi dia tetap senyumm..

Belah sini lengang je..xde orang..Ada lagi satu bahagian betul2 kat belakang taman tema air.. Haa kat situ la lokasi sukaneka..

Sementara tunggu yang lain sampai,  mira main pasir dulu.. Kemain suka lagi dia.. Tapi risau pasir masuk mata sebab suka sangat sapu kat muka..

Kehausan.. 

Sebelum sukan bergambar dulu.. Ni tengah susun2 orang la ni.. Tengah sesi memanggil2 ahli yang lain berkumpul..




Mira with happy face.. Sepet sungguh la mira..

Yeayyy I'm flying without wings..
Ada 10 acara sukaneka yang dipertandingkan.. Ada untuk anak-anak, lelaki, perempuan, pasangan dan keluarga..  Tapi aku dapat join aktiviti pasangan je sbb untuk aktiviti perempuan sahaja Mira tengah tido.. Haha tapi mujur x join aktiviti yang tu sebab macam tak sopan je..Kikiki... Dannn walaupun aku masuk cuma aktivti pasangan tapi dapat no 1 tau..dapatla RM 30 ..yeehaaa... Nampak tak disitu... En suami masuk acara lain sume x menang, bila ngan aku je menang.. Hahaha  bawa tuah aku ni..kikiki....perasan...

Habis acara, ada cabutan bertuah plak.. Puh kiri puh kanan.. Minta2 sangkut.. Alhamdulillah menang mini rice cooker brand Walt Disney.. Alhamdulillah rezeki lagi... Manyak syiokkk oo.. Sukaneka pun abis jam 11.30 pg lebih kurang.. Nak check-out 12.00 tghr..  So memang x dan la nak main air sebab nak gegas balik Segamat plak ada majlis kat umah Pak Long.. Memang nak ke Morib Gold Coast ni kami diapit ngan kenduri kendara sedara...So balik bilik siap2 mandi dan terus check out..
Post a Comment