Post Terkini

Tuesday, December 6, 2016

Review Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi

Mehh nak review sikit pasal Desa Balqis Beach Resort ni.. Kitorang ambil Rumah Pak Anjang untuk percutian family kali ni.. Rate biasa RM850 tapi untuk cuti sekolah RM900. Tong-tong adik beradik kutip bulan2. Desa Balqis offer banyak rumah.. Kalau family ko kecik je boleh la ambil rumah yang kecik... Kalau besar family bolehlah ambil rumah cam yang kitorang ambil ni..

Suasana kat dalam ni memang damai je..Kalau kat pintu masuk ko tengok kete lalu lalang tapi bila masuk ke dalam automatik ko rasa tenang je..Sunyi je.. Yag best aku rasa rumah ni kedap bunyi.. Kalau duduk dalam rumah xde la dengar orang berbual ke apa..


Antara rumah yang disediakan..
Macam biasalah bila kita check in hotel ke chalet mesti nak tengok servis apa yang ditawarkan.. Untuk rumah Pak Anjang RM900 semalam ni dia bagi breakfast untuk 12 orang. BBQ set pun diberi if request.. Macam kami, kami minta BBQ set masak sendiri je.. Kalau korang nak diorang sediakan boleh..Tapi setiap kepala akan di caj la..Oh ya arang tak disediakan ye untuk BBQ set ni..so kenala beli sendiri..

Jom kita tengok dalam pulak..


Ok yang ini ruang makan.. Masa lunch kitorang makan kat sinilah..Tp bila dinner makan kat beranda lagi syiokkk..

Ruang menonton... Kurang gemar tang sarung kusyen tu.. Lusuh sangat tengoknya.. Cam tak basuh pun ada jugakk..Heheh..

Yang ni plak ruang legar..Bersambung dengan sebelah ruang tv.. Kiranya ruang legar ni sebenarnya bentuk L.. Bermula dari pintu masuk sampai kat peti sejuk tu.. ada 4 bilik mengadap  antara kedua2 ruang ni..
Owhh ye.. kat dalam ni takde peralatan masak tau.. Dia cuma sediakan gelas, kettle ngan  peti sejuk je.. So gigihla aku mengangkut pinggan, jug, pisau, periuk noxxa aku tu datang sini.. Mujur juga bawa noxxa masak nasi pun 5-7 minit siap dah .. Jimat masa..

Ni toilet..Ok bersih puas hati..Cuma air x berapa kuat tu je..Yang lain tip top..

Bersebelaha bilik air kiri kanan..

Yang disediakan.. 
Kolam untuk mandi manda.



Pantai kalau nak pergi.. Nampak macam privacy pantai ni..Pengunjung resort je boleh akses ke bawah..
Aku suka pantai.tapi sebab warna dia yang coklat buat aku terngiang2 mimpi ntah bila.. Teringat kembar aku kena tarik ngan ombak hanyut ke tengah.. So aku rasa fobia plak bila tgk..

Bila malam,,Cantik bertemankan lampu neon berwarna..

Macam raya plak nye..
Desa Balqis ni pun ada sediakan surau berdekatan ngan kolam renang..Depan kolam renang ada juga padang..Siap ada tiang gol lagi kot2 kau nak main bola sepak kan.. Paling best parking pun luas.. Cam kitorang sebab rumah pak anjang ni mc kat tengah2..Siap boleh parking kete depan rumah lagi.. Macam rumah sendiri plak kekdahnya.. Takdelah berebut parking ke apa..Lagilah kitorang ni satu rumah tapi 4 biji kete yang dtg..

So aku sangat rekemen la kalau nak buat family gathering kat Desa Balqis Beach Resort ni.. Berbaloi sangat. Pada aku suasana dia, fasiliti layaklah aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.. Memang best sebab ko rasa macam duduk kampung ko sendiri..Next time kalau ada masa dan keizinan bolehla try datang lagi..
Post a Comment