Post Terkini

Friday, December 16, 2016

Review Hotel Gold Coast Morib

Alhamdulillah percutian kali ni ditaja sepenuhnya oleh company en somi..  Dah lama teringin nak rasa kehebatan gold coast yang digembar-gemburkan tu tapi memikirkan setakat main air je memang selalu terbantut la keinginan aku tu..Tapi kali ni bila dapat join event company suami rasa syiokk lahh jugak sebab ada jakuzi..Hehe alkisah rumah sendiri xde jakuzi, haruslah jakun kan.. So mehh nak review sikit pasal hotel  ni..

Pemandangan dari bilik.. 
Meriah je tengok diorang main air.. Mira pun kemain excited tengok air.. Tapi sorrylah sayang..Awak selsema tak boleh nak bawa berendam... Jakuzi xpe..hehehe..

Kemain si comel ni nengok abi dia exited.

Ok habis dah pendahuluan cerita. Mehh nak share sebahagian gambar bilik.. Almaklumlah masuk2 bilik je haruslah cek apa yang disediakan Betul tak??

Bilik kami.. Nampak bersih kan??? Tapi..hmm ada tapi.. nanti kat bawah cerita ye

Yezza.. Jakuzi kau.. Syok wehh.. Sementara tunggu aktiviti malam kami bertiga rendam kat sini..




Abaikan meja yang bersepah tu ye..

Ok..dari katil boleh nampak bilik air.. Tetiba ada jendela plak kan.. Kalau ko berak tak tutup tingkap haruslah tayangan percuma.
Walaupun nampak ok semuanya tapi itu semua tipu helah je.. Hakikatnya masa kami sampai bilik macam apa.. Masih tak berkemas.. Cadar tak bertukar, toilet tak bersih, sampah tak berkutip. Pendek kata serba serbi tak berganti la.. Aku macam..haishhh...hilang mood nak amik gambar bilik sebenarnya..Tu yang sebahagian je gambar bilik aku ambil..

Lepastu nak menunggu diorang mengemas punyalah lama.. Toiletries siap en somi minta kat pekerja hotel yang lalu lalang.. Dalam setengah jam aku rasa barulah cleaner diorang datang tukar cadar, basuh bilik air bagai.. Tu pun ala kadar je. Yang best tu, aku tengok diorang lap cermin guna towel yang pengunjung sebelum ni pakai. Hmm terkejut aku, tapi positif kan diri lepas ni kan nak basuh semula towel tu..Tapi kan aku rasa kalau kat umah sendiri tak tergamak plak aku nak lap cermin ngan towel yang elok... Dia punya sink yang dalam gambar aku tunjuk kat atas tu nampak je bersih tapi bila ko tengok dari sisi tepi, mau berkeladak hitam..Tebal plak tu..Huhu.

Huhu mujurlah aku laki bini jenis cool je.. Nak2 tempat tido pun disponsor... Aku duk membayangkan juga kalau customer yang lain check in pastu tengok bilik tak berkemas mau ngamuk diorang tu.. Maybe sebab cuti sekolah kot.. Orang datang berpusu-pusu..tu yang diorang tak menang tangan nak mengemas bilik. Harap-harap lepas ni management boleh lah hire temporary worker waktu2 cuti sekolah macam ni.. So pengunjung mesti puas hati n datang semula, Macam aku kalau xde apa2 kepentingan memang xdtg lagi kot ke sini.. Sebab kalau datang confirm2 sabtu ahad atau cuti sekolah..Tak mau lah..nanti terkena lagi.. Hehehe.. Tuala plak sampai ke sudah tak dihantar.. Mujur ada bawa tuala spare..Itupun sebab nak balik Segamat.. Cer kalau aku x balik segamat, mau la badan pakai gebor je..Hehehe..

Hehe apapun pengalaman kan.. Xdelah nak salahkan 100 % pada management.. Dah namanya cuti sekolah confirm berpusu-pusu orang nak bawa anak mandi kolam kan.. Cuma nasihat aku kalau ada yang berhajat, maybe bukan school holiday kot.. Dan moga Hotel Gold Coast Morib ni dapat meningkatkan lagi servis yang lebih baik.. Gambate!!!

No comments: