Post Terkini

Monday, August 1, 2011

Nasi carrot

Sebelum ni saya pernah tulis resepi nasi carrot kat sini . Tp yang itu versi rajin terlebih.. hari ni saya buat nasi carrot jugak..tp dengan kaedah lain.. maklumlah sampai umah pun dah 6.00 pm je.. ada lebih kurang 1jam setengah je kot nak masak.. so hari ni nak share resepi yang lagi mudah dan cepat..

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan beras.. dibersihkan dan di toskan
  • 1 batang lobak (dihiris halus dan dicincang)
  • 1 senduk jagung ..
  • 1 sudu kecil stok ayam pekat Maggi
  • garam secukupnya..
  • minyak untuk menumis
Cara menyediakan :
  • panaskan minyak.. masukkan beras yang ditoskan tadi..kacau sekejap.. masukkan pula lobak n jagung.. kacau lagi sehingga beras hampir kering. (atau korang dah rasa kuali korang melekat-lekat)
  • pindahkan nasi ke dalam rice cooker.. masukkan air dalam sukatan yang betul.. masukkan juga stok ayam dan sedikit garam.. tanakkan nasi.
  • boleh dihidang dan dihias dengan bawang goreng atau daun sup..
rasanye memang sedap.. kalau tak de lauk pun xpe ..boleh makan macam tu aje
Post a Comment