Post Terkini

Monday, August 1, 2011

Ayam masak ros


Resepi ni hasil dari penjelajahan majalah SAJI 0gos 2011.. cuma ada sedikit yang saya ubah mengikut kesesuaian dan citarasa..

ok.. nak share resepi ni utk u all..

**credit to majalah SAJI**

Bahan-bahan:
600 gm ayam
3 batang serai
100 gm tomato
80 gm halia muda
3 gm jintan manis
1 liter santan
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan :
1. Ayam dipotong lapan dan dibersihkan. Tuskan airnya
2. Kisar serai, tomato, halia muda, jintan manis, bawang merah dan bawang putih.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. masukkan ayam dan gaulkan rata.
4. Kemudian tuangkan santan dan masak sehingga kuahnya pekat.
5. Tambahkan garam secukup rasa.

** tp saya ubah sedikit resepi.. sebab warna dia ada pucat sikit saya tambahkan sos tomato.. pastu saya x letak santan banyak2.. lebih kurang 200ml je tp guna santan kotak la.. dan hasilnye..encik suami bagi 4 bintang dari 5 bintang..okla tu kan..lagi2 dimakan dengan nasi carrot.. memang meletup..cubala resepi ni n korang xkan menyesal..**
Post a Comment