Post Terkini

Monday, August 1, 2011

Sambal sotong

Sambal sotong.. resepi yang sangat mudah..sesape pun boleh buat..cuma jenama je lain2.. masing2 mesti dengan resepi masing2 kan.. ok, kali ni buat sambal sotong sekor2.. x potong bulat2 macam selalu.. bukan apa, selalu tengok kat kedai makan diorg buat macam ni cam sedap je.. ditambah plak sebelum ni cikgu sekolah buat sambal style macam ni.. perghh syok abis.. sebabnye, dalam dia basah2 lagi x macam kalau kite potong bulat2.. so nak share resepi ngan u all sume...

Bahan A
  • cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci belacan
Bahan B
  • 4 sotong saiz besar
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tomato
  • minyak utk menumis
  • garam secukupnya
  • sos tiram
  • asam jawa xtra adabi
Cara menyediakan:
Bahan A:
  1. potong cili kering dan dibuang bijinya.. rebus didalam air mendidih dalam 5-15 minit. (supaya dia betul2 masak..so xdela perut sakit kan). kemudian toskan.
  2. masukkan cili, bawang putih, bawang besar, bawang merah dan belacan ke dalam blander.. Kisarkan semua sekali.. (tp kalau nak sedang guna je cili kisar jenama PUTERI, semua bahan dah lengkap n confirm sedap, saya kalau malas akan guna jenama ni..)
Bahan B:
  1. Bersihkan sotong dan dibuang dakwat dan tulangnya.. Bersihkan dan sumbatkan kepala sotong ke dalam badan sotong..
  2. Panaskan minyak untuk menumis di dalam kuali.. Masukkan bahan B. Tumiskan.kemudian masukkan bawang besar yang dimayang tadi..Kacau sekejap.
  3. Masukkan asam jawa, gula, sos tomato dan sos tiram..Kacau lagi hingga sekata..
  4. Akhir sekali masukkan sotong dan kacau sehingga sotong masak.. dan bolehlah dihidangkan..
sekian..itu saje
Post a Comment