Facebook Pages

Monday, October 24, 2011

Nasi lemak sambal ikan tongkol

No comments:
Dah lama x post kat resepi dapur usang aku ni.. hmm nak buat macam mana, malas nak snap gambar..xde gambar xdela entry.. owhh hari ni tetiba teringat hari tu ada buat nasi lemak.. tp nasi lemak kali ni ikut stail org ganu.. guna sambal ikan tongkol..perghh sedapnye... dulu masa diploma pernahla makan nasi lemak ikan tongkol ni.. masa mula2 tu rasa cm pelik je nasi lemak makan dengan ikan tongkol..tp lama2 sedap plak rasa.. so nila gambar nasi lemak ku.. sedap tak?? hehe.. resepi?? macam biasa je..cuma sebab ni adalah nasi lemak, cuma aku bagi resepi untuk sambal nye je ye..

Resepi sambal ikan tongkol.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol
1 keping asam keping
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
cili kering
1 inci belacan
air asam
Garam secukup rasa
Gula secukupnya..

Cara penyediaan :

1. Mula2 ikan tongkol dipotong kecil. kemudian rebus ikan bersama dengan asam keping.. letakkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak.. (jgn rebus terlalu lama, takut ikan hancur)
2.Bila ikan dan masak, tos kan sekejap. kemudian panaskan minyak dikuali.. goreng ikan yang direbus tadi.. x perlu lama.tujuannya supaya ikan x hancur bila kacau bersama dengan sambal nanti..
3. Blender cili kering, bawang besar, bawang putih, bawang merah dan belacan sekali...tinggalkan 1 biji bawang besar untuk dipotong bulat. panaskan minyak.. tumiskan bahan kisar.. tumis sehingga masak atau terbit minyak..
3.masukkan air asam, garam dan gula ke dalam bahan tumisan.. kacau sekata..akhir sekali masukkan ikan dan kacau..kemudian bolehla dihidang bersama nasi lemak korang..

Hip hip hooray...

1 comment:
comments

Yessssssssss... hari ni bermula cuti satu minggu..pagi tadi g sekolah kejap settle kan fail..so sume dah settle bolehla hilangkan stress dan bersantai di rumah..cadangnya nak berjalan2..tp en suami cuti tengah2 minggu la plak..rabu dan khamis..huhu...so xde planning nak g mana..bersantai2 di rumah atau menyelesaikan urusan peribadi atau balik kampung..semuanya x dirancang lagi..yang penting, cuti memang best....

Saturday, October 22, 2011

3rd GA RossRazif

No comments:

Ok kengkawan..jom join GA lagi..
Tarikh tutup: 1 nov 8.00 pagi..

nk join jgn segan2 klik banner ye :)


GA#8 SUFFAH BEAUTY SHOP

No comments:
LinkJom join GA ni dan follow blog2 yang telah ditetapkan.. :)

"Suffah Beauty Shop Sedang Mencari Agen & Stokis Untuk Semua Killer Products"

Suffah Beauty Shop memperkenalkan Killer Products :-

i) D'APPLE FIBER D'MASYA
ii)
FIT UP
iii)
DAY/NIGHT CREAM WITH ARGAN OIL
iv)
PURE OIL SERIES 01
v) PURE OIL SERIES 02
vi)
MOISTURIZING FACIAL SOAP WITH ARGAN OIL
vii)
CHANTIQUE COLLAGEN
viii)
COCOA COLLAGEN POWER PLUS
viv) CANDIES SUSU KUDA EXPEXCI

Tarikh Tutup: 11 Nov 2011

"1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!"

No comments:
Dear friends.. nak hadiah lumayan??? jom join contest Mr Baiz.. Tarikh tutup pada 31 Oktober 2011..nak info klik pada gambar ye :)

GiveAway by anis athia

No comments:
Assalamualaikum..musim cuti sekolah adalah musim ber giveaway.. jom ramai2 join GA dari Anis Athia

Tarikh tutup :11.59pm 1 November 2011

Jamuan Akhir Tahun : 22112011

1 comment:
perghhh..lama gile x update blog.. hmm nk buat mcm mana kan.. bila feel nk berblog tu tak de, memang tak la jawabnye.. asal nak menulis je, padam balik.. asal nk menulis je padam balik..
tapi.. akhirnya hari ni berjaya gak mengupdate blog.. almaklumlah..cuti sekolah dah bermula..so stress pun kurang.. mood pun senang datang..

hmm hari ni ada ada jamuan akhir tahun sekolah.. kitorg buat kat holiday villa subang.. nak komen pasal tempat, x perlulah rasanya..sebab yang memilih pun kakitangan sekolah.. bukan hotel.. tp yang nak puji memang tang makanan diala.. punyala banyak menu dan alhamdulillah semuanya sedap2 belaka (setakat yang masuk dalam perut la) so mmg x menyesal la..org kata kalau makanan dah sedap, kelemahan2 lain dah x dipandang.. betul ke?? betul la kot.. hehe

so acara yang paling dinanti tentu2lah cabutan bertuah.. berharap2 tahun ni bertuah dengan hadiah yang best2.. hmm tunggu punya tunggu no cabutan tak terkena langsung.. last2 no 029 dipanggil juga..yesss... cabutan ke empat terakhir kalau x silap... alhamdulillah bertuah juga aku..hehhe....

so hadiahnya............. sebotol minuman kesihatan Monavie.. Harga pasaran dalam rm120-rm135 kalau x silap..hehehe merasa la juga nak minum.. nak harap beli memang x la jawapnye kan..so dah abis cabutan, majlis bersurai..sebelum tu haruslah ada sekeping dua gambar..

me with Monavie

geng2 datang bersama...abaikan manusia2 x berpakaian itu ye

Wednesday, October 12, 2011

Cikgu aka Guru

No comments:
Dipetik dari link ini

yea...dulu2 masa sekolah..cikgu selalu tanya.." apa cita2 awak?" dan saya akan jawab "saya nk jadi polis, doktor, atau cikgu" ..dan bila dah masuk sekolah menengan saya pegang kepada dua cite2 saya..sama ada doktor atau cikgu.. tp bila saya masuk universiti segala cita2 tu dah terkubur.. saya x akan jadi doktor sebab amik kos sains komputer.. dan saya x mau jadi cikgu..sebab cikgu ni macam x best je.. tp keinginan utk jadi cikgu bermula semula bila mana saya menjadi guru ganti di sekolah kakak saya.. masa tu saya mengajar budak2 darjah satu.. owhh ia adalah kenangan yang terindah.. dan subjek yang saya ajar agama islam dan pendidikan seni..
peristiwa satu: saya meminta pelajar menyalin apa yang saya tulis di papan hitam..ketika menulis di papan hitam, saya menoleh ke belakang dan alangkah terkejut apabila melihat semua pelajar berdiri sambil menyalin apa yang saya tulis.. paling hebat lagi apabila hampir semua pelajar menyanyikan lagu ruffedge :gerak ke kiri, gerak ke kanan, pop ye yeh...(lebih kurang mcm ni la seni katanya) sambil badan mereka pun digerakkan..masa tu saya mengucap panjang...
peristiwa dua:apabila saya dimarahi oleh seorang bapa kerana membiarkan anaknya berlari2 di korridor sehingga berjatuh dan menyebabkan kecedaraan..dia tetap menyalahkan saya.. hakikatnye... pelajar tersebut meminta keizinan untuk ke tandas dan dia berlari2 di luar pengetahuan saya..
tapi apa yang membuatkan saya mempunya keinginan untuk menjadi guru kembali apabila melihat pelajar dapat memahami apa yang diajar.. seperti ada satu kepuasan yang x dapat diluahkan.. dan saya nekad untuk menjadi guru SEKOLAH RENDAH..

tp rupa2nya rezeki saya adalah di sekolah menengah..ye..saya pernah menjalani praktikal di salah sebuah sekolah terbaik di Pulau Pinang..juga pernah mengajar di sebuah sekolah yang sangat tercorot di sebuah daerah di Selangor..dan sekarang di sebuah sekolah elit di Shah Alam..

perbezaannya :
di Pulau Pinang pelajar2 ini sering mengkod kan apa yang dikatakan oleh guru mereka..jadi setiap patah yang diucap haruslah berhati2.. disini juga guru2 haruslah bersedia fizikal dan mental kerana pelajar2 akan sentiasa mencabar tahap intelektual guru..mungkin kerana majoriti pelajarnya non malay jadi mereka lebih cepat dari guru terutama berkaitan dengan isu semasa..

di sekolah yang dikatakan sangat tercorot:
saya akui disekolah ini pelajar2 nye adalah sangat lemah dan ramai juga yang boleh dikatakan samseng..hampir 60% terdiri dari bangsa cina dan selebihnya india dan melayu serta orang asli.. Apa yang menarik, walaupun mereka ini datang sekolah semata2 untuk mendatkan sijil spm sahaja dan tidak fasih berbahasa melayu tetapi tetap hormat pada guru.. walaupun pergaduhan kerap berlaku tidak pernah pula saya dengar tentang masalah mereka terhadap guru2.. walaupun ada yang melibatkan kes polis tp x pernah pulak dengar diorg bertengkar dengan guru.. dan saya sangat suka mengajar mereka semua..walaupun mungkin hanya 10% sahaja pertuturan saya yang difahami tp sekurang2nya ada juga yang diingati mereka..di sini saya dapat mendidik mereka..

dan sekarang:
saya sangat sedih..bila pelajar2 seperti kurang hormat kepada guru.. bila pelajar2 tidak langsung boleh ditegur.. saya selalu diingatkan agar sentiasa berhati2 dalam segala tingkah laku..takut2 nanti guru yang akan dipersalahkan..

Nahh disinilah saya akui perbezaan guru dulu dan sekarang..kalau dulu, sir nazir saya tarik hidung dengan sangat kuat dan pernah juga senior saya ditampar, itu semua tak menjadi kudis langsung.. x seorang pun parent datang menghadap..
kalau dulu pelajar dihukum kerana merokok dengan disumbatkan 5-6 batang rokok di mulut, tak pernah pun diisukan, tp saya x rasa sekarang dibolehkan..silap haribulan akan dihadapkan ke mahkamah..
kalau dulu saya akan menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan jika tidak dihantar markah 0..tp skrg tidak lagi..harus melapor kepada parent terlebih dahulu..
dan banyak lagi perbezaanya..
walaupun hanya 10 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan tp nampaknye perbezaan ini adalah sangat ketara.. guru hanya boleh mengajar sahaja bukan mendidik..itu yang pasti..
tp alhamdulillah masih ada juga ibu bapa yang menghargai guru..mengucapkan terima kasih apabila Hari Terbuka Sekolah..
dan saya akui guru2 sering dipertikaikan dengan gaji dan kerja separuh masa.. tp janganlah di herankan sangat kerana guru dahulu x sama dengan sekarang.. mustahil untuk seorang guru bekerja separuh masa (jika ada mungkin hanya segelintir sahaja)..
dan saya akui juga.. proses PnP seperti jatuh no2..yang lain2 haruslah menghadiri mesyuarat, kursus taklimat dan sebagainya.. tp para ibu bapa diluar jgnlah sentiasa menyalahkan guru..kerana kami hanya menurut perintah sahaja..
dan jangan juga anggap kami kerja separuh masa sebab segala kadang2 terpaksa di bawa balik.. kami bukan hanya setakat mengajar sahaja, kadang2 meja sendiri pun x dapat nak duduk.. ada sahaja yang perlu diuruskan..
cuma juga, jgn selalu menyalahkan guru dengan mengatakan anak awak sahaja yang betul..pokok pangkalnye kenalilah anak anda dan percayailah guru..mustahil untuk seorang guru mengada2kan cerita..sebabnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada berjumpa dengan anda..kalau anda dipanggil berbincang mengenai anak anda, maka ada la sesuatu yang harus diselesaikan..pendek kata" budak sekarang pandai berlakon"

Elaun COLA dikurangkan???

No comments:
Alhamdulillah..budget 2012 beri berita gembira pada semua kakitangan awam..terima kasih pak najib.. lagi2 tang kenaikan gaji dan bonus setengah bulan..memang sangat2 happy la.. tp..tp..tp kannn..ad berita x best la plak.. gosip2 dari sumber yang dikatakan boleh dipercayai.. hmm tau ker?? macam yang dah tulis kat tajuk,elaun COLA akan dikurangkan.. bukan dimansuhkan ye tp dikurangkan.. kalaula betul, knp Pak Najib tak nak annouce kan masa pembentangan hari tu.. kalau la betul, saya akan rasa sedih tau Pak Najib..macam x berbaloi je kenaikan gaji bila ada yang dikurangkan pak najib.. saya bukan apa, macam tak patut plak bila berita gembira dikhbarkan tp berita yang x berapa nak enak didiamkan.. tau2 tahun depan tgk pay slip elaun kurang.. :( kan x patut tu.. tp apapun saya perlu bersangka baik.. harap2 berita ini x seperti yang digosipkan.. jom kengkawan keje gomen kite doa banyak2 agar bende hanya sekadar gosip sahaja..

Friday, October 7, 2011

Budget 2012

1 comment:
Aku sgt pasti semua kakitangan awam mcm aku ni berdebar2 nak tunggu kul 3pm nanti.. menantikan pengumuman budget 2012 oleh Pak Najib.. yang pasti budget yang ditunggu2 adalah berkenaan gaji dan bonus..adakah menggembirakan atau mengecewakan.. banyak sangat rumors tentang gaji dan bonus ni..
  • ada kata dapat bonus n naik gaji...yang ni syok la..dua2 pun naik
  • ada plak kata salah satu je dapat..kalau salah satu je,aku mmg vote gaji la naik..kalau takat dapat bonus, apa pekdah nye..seminggu pun dh abis..
  • owhh kenaikan gaji ada kata kakitangan sokongan naik sampai 40%.. ataupun gaji minimum diorg akan naik jadi RM1500...hehe seronok la korang kan.. tp gaji 41-52 kalo x silap naik 15% je..huhu..dlm Rm 300..huhu..tp syukurla..banyak gak tu..
  • tapiiiiiiiii..ada tapinya...kalau naik gaji elaun cola akan dihapuskan...apa kess... ibarat dapat gaji yang sama je..sebab elaun cola pun rm300..tambah tolak sama je la dapatnye.. (sama gak la ngan kes maternity leave haritu).. yg ini aku x happy la even gaji naik pun
  • pendek kata, kerajaan pun pandai memanipulasi.. pada aku apa yang patut, elaun keraian utk bos2 yang patut dipotong.. x payah ulas, tp rasanya ramai yang tahu..cuma sedikit je bos2 yang jujur dalam penerimaan elaun keraian..
**tp kalau kenaikan gaji, selalunya harga barang pun naik, kesian la pada org2 swasta yang keje company kecik2, org2 kampung yang keje sendiri..harap2 golongan ni x dilupakan..**

Monday, October 3, 2011

Melaka River Cruise

2 comments:
2 minggu lepas kami balik melaka.. melawat cucu sedara yang sakit.. alang2 sampai melaka, kali ni berpeluang naik cruise ...jln2 guna jalan air ..lebih kurang 45 minit perjalanan je..angin sepoi2 bahasa memang syok la naik bot...owhh tiket rm10 utk dewasa, kanak2 plak rm5.. nak bagi star ke?? hmm 3 bintang/5bintang cukupla.. masih banyak boleh diperbaiki.. owhh kalau korang x nak naik bot, nk naik monorail pun boleh gak..tp tengok cm x bape nk best je..sebabnye sgt2 la slow..better naik cruise ni.. angin pun kuat..syok la..yang seronok nye bila naik cruise ni, barulah tau macam2 tempat lagi kat melaka yang x pernah pergi.. muzium hidup x pnh lg pergi, perkampungan nyonya pun x pernah jejak.. owhh satu yang menarik sepanjang laluan air, korang nanti akan lihat lukisan2 cantik berkaitan dengan sejarah melaka di kiri dan kanan korang.. memang best dan kagum bila lihat kesenian pelukis2 tanah air kita.. okla, kalau ada masa tryla naik melaka river cruise ni..