Post Terkini

Thursday, June 9, 2016

Mee Kicap

Yeayyyy... misi berjaya.. Dapat gak aku snap gambar mee kicap aku..Leh la share resepi.. Wakaka padahal cedok kat fb gak.. Alhamdulillah hari ni Mira x meragam sangat lepas jalan. Maybe sebab dapat g umah mama dia kot.. Puas sket main ngan kengkawan.. Padahal hari ni paling mencabar sebab x bagi langsung aku ke dapur.. So.. mohla kita tengok resepi ye.. Thanks kepada tuan empunya resepi.. Dapat gak aku tau resepi yang selalu aku order kat restoran cina muslim MOHD CHAN..


mee kicap
Mee Kicap
Resepi Mee Kicap : 

Bahan-bahan mee : 

2 keping mee cintan kering 
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
3 sudu minyak bawang putih

Bahan-bahan minyak bawang putih : 

6 biji bawang putih : (dihiris nipis)
Minyak
Minya bijan

Bahan-bahan sup : 

3 sudu minyak bawang putih
1 kiub ayam
Bebola ikan (ikut suka nak letak banyak mana)
Daun Sup

Cara memasak : 

1. Mula-mula sekali kita buat minyak bawang putih ye..  Minyak kena banyak jgn sket sgt plak.. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing dan jangan sampai hangus.. Ikut resepi asal kalau hangus nanti minyak akan pahit. So silalah follow arahan. Lepastu bila agak-agak dah masak letak lah setitis dua minyak bijan.

2. Seterusnya untuk mee, celur mee sehingga dia lembut.. Jgn smpi kembang nanti x sedap.. Setelah itu angkat dah lalukan dengan air utk buang kanji2 yg melekat.. Dalam bekas lain masukkan minyak bawang putih, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram..kemudian masukkan pula mee. Kacau sehingga rencah sebati pada kulit mee.

3. Untuk sup pula, didihkan air dan masukkan kiub. Letak minyak bawang putih dan masukkan bebola yang korang suka.. Dah siap masukkan plak daun sup..

Taraaa.. Siap dah kan.. Sap sap soi.. mudah je sebenarnya nak buat mee kicap.. Korang boleh tambah dengan sawi yang dicelur dan kepingan ayam rebus.. Ayam BBQ Mohd Chan x sempat belajar lagi.. Huhu.
mee kicap
Sedap dimakan dengan sup.

Cucur kiriman jiran.. Sedap juga..
puteri mandi
Puteri mandi x cukup santan.. Siap berketul lagi tu hasil berperang dengan anak.. Takpe yang penting sedap..Hehe.

Alhamdulillah hari ni banyak menu.. jiran2 bagi..pajeri terung, pengat pisang, cucur ngan rojak.. tak termakan wehh.. Takpe malam masih panjang.. Thanks jiran2 yang dermawan.

Yang penting, pasni tak payah g MOHD CHAN sedap dah pandai buat mee kicap sendiri.. Heheh.. Yang lagi best dapat pengat pisang sedap mcm mak buat ngan puteri mandi versi mak..
Post a Comment