Facebook Pages

Friday, October 31, 2014

Endometriosis

1 comment:
endometriosis
sumber : google

aja aja fighting endosisters..
we are chosen
keep positive always :)

Nasi lemak ayam lemon

2 comments:
Keinginan nak makan nasi lemak ayam lemon. Tapi sayang resepi yang digoogle tak berapa menjadi untuk dikongsikan. So kena cuba resepi ayam lemon yang lain plak. Takpe, practice makes perfect.

ayam goreng lemon
Kuah lemon nye x menjadi pulak.. Terlebih tepung jagung. Padahal dah ikut sebiji cam resepi. Plus tambah air pun gitu gak.. Malas nak layan..
nasi lemak ayam lemon
Nasi lemak sambal kosong

Thursday, October 30, 2014

Resepi tofu telur

2 comments:
Resepi tofu telur iaitu masakan cina yang kedua aku try. Haa yang ni menjadi. Sedap pun iye juga. Hasil terjahan ke blog Jurnal resepi bdaria. Cuma resepi dia aku olah ikut kesesuaian bahan yang ada. Kalau nak resepi asal boleh terjah ke blog empunya resepi ye.

tofu telur
Tofu telur versi aku
 Meh nak share resipi.

Resepi asal :  Jurnal resepi bdaria

Bahan-bahan: 

  • 2 tubes japanese egg tofu -aku guna 1 tube je
  • 150-200gm daging ayam cincang
  • 1 batang karot-  ganti ngan putik jagung dan timun
  • 1 tbsp sos tiram - tak guna
  • 1 tbsp kicap manis
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah -lada sulah ganti ngan black pepper 
  • sedikit tepung jagung
  • 1 cawan bancuhan tepung jagung - aku guna 1 sudu teh je
Cara-cara
  1. Potong tofu bulat-bulat. Kemudian taburkan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dan diangkat.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan black pepper. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga separuh masak. Tambah kicap, putik jagung dan kacau sekejap.
  3. Masukkan pula bancuhan tepung jagung.Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula telur dan kacau. Akhir sekali masukkan pula tofu.
  5. Sedia untuk diangkat dan dingap..

tofu telur


Thanks sebab sudi kongsi resepi tofu telur yang sedap ni ye . Kredits to Jurnal Resepi Bdaria

** haha gigih kan aku mengupdate.. Ini semua poyo.. entry adalah auto publish. Rewards lepas siap marking paper budak**

Omizu : Portable Sauna in the house

3 comments:
Berkisar entru pemeriksaan kesihatan di sini , deepavali hari tu pihak omizu datang ke rumah. Perkhidmatan sauna percuma. Memang best la dapat sauna di rumah. Jimat pun jimat. Rm50 untuk 3 orang. Setiap seorang dalam 15-20 minit.

Untuk aku yang tak pernah bersauna ni, memang sangat best la.. Rasa syok je duduk dalam tu. Along aku cakap, sauna dia selesa. Selalu tempat-tempat yang dia pergi semuanya tak tahan. Duduk 5 minit rasa cam lama je. Dia banyakla experience.. So memang dia kata yang ni the best. Dah duduk rasa cam tak mau keluar. Haa yang itu feel cam aku rasa gak. Maybe sebab suhu nya antara 35deg -45 deg sahaja.

sauna
Kemain excited along.
So lepas sesi penerangan bagai, along decide nak beli. Aku memang nak gak, tapi kewangan memang tak mengizinkan langsung. Harga pun 4k.. Tapi kalau masuk member 2k++.. So along beli la, sebab dia kata memang dia nak beli lama dah.. Okla tu kan.. Boleh menumpang sekali.. Lagipun yang ini portable sauna. Boleh bawa ke mana-mana.
portable sauna
Yeayyy.. hak milik sdn.bhd
Lepas diorang balik, aku ngan along sambung bersauna semula. En suami tak join dah, sebab penat katanya. Haa bila bersauna ni, ibarat ko berjogging 10km. Berapa ratus ntah kalori yang terbakar. Tapi memang penat gila kau.. Kitorang hari tu pas pukul 8 terus terbongkang. Pastu aku laki bini bangun kul 12 isyak then perut berkeroncong. Makan maggi le kami malam tu..

Oh ye, yang gambar first tu takde penutup muka sebab trial je kan. Yang beli adam dia kata untuk kecantikan. Kira sauna muka sekali, kalau tak nak pakai pun takpe.

Ramuan untuk sauna pun mudah je.  Halia, serai, limau nipis/limau purut, ngan daun pandan. Itu yang basic, Kalau ada problem apa-apa, dia ada bagi senarai tambahan untuk ditambah dalam ramuan. Yang paling best, sebab dia portable sauna. So lepas ni kalau nak balik kampung ke, bolehlah bawa sauna ni. Suruh mak ngan abah bersauna. Biar bakar kalori sikit. Hehe. Ada yang berminat ker?? Meh sini kitorang caj Rm 15 untuk 15-20 minit. Tapi bahan-bahan sila bawa sendiri la ye. Hehe.. Haha promote pula ye.. Oklah cukuplah setakat ni.. Bye

Wednesday, October 29, 2014

maggi kari menu yang paling sedap

1 comment:
Bila malam..  
menanda kertas budak-budak
sedar-sedar dah nak pukul 1
dan secara tiba-tiba.....

perut pula berkeroncong
Dan tak ada yang lebih nikmat
kecuali ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Maggi kari
maggi kari


Tuesday, October 28, 2014

My artwork

2 comments:
Alhamdulillah.. Hasil kerja tangan keras aku.Terima kasih juga tuan pengetua atas kepercayaan untuk melaksanakan tugas untuk buku program sempena Majlis Makan Malam Amal D'Niners Nite II. Dengan bantuan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dan bantuan Sifu En Roslan akhirnya buku program ni dipersembahkan di atas meja makan. 

Walaupun masa mula-mula dapat task ni, hati rasa macam nak menangis bagai.. Why me,why me?? Huhu.. Seriously aku cuma tau basic je pasal Photoshop. Illustrator plak langsung tak tahu. Size apa nak guna untuk template ni pun memang tak tahu menahu langsung. Sudahnye aku guna pakcik Google. Mujur ada yang bagi tunjuk ajar..

Lepas tu bermula la design mendesign.. Huhu main hentam je aku buat ikut mata aku.. Tapi problem tang text plak.. Macam susah je nak mengedit.. Lagi-lagi yang banyak tulisan cam gambar kat bawah ni. Sudahnye aku jumpa en Roslan. Minta dia tunjuk ajar sket cam mana nak buat text. So dia bagi solution guna Illustrator. Belajar la sekejap dalam 3-5 minit. Ok ucap terima kasih simpan memory dalam otak. Balik rumah baru nak try..

Dan hasilnya seperti di bawah..

adobe photoshop
Info program
adobe photoshop
Aturcara majlis
adobe photoshop
AJK Penganjur
Kalau yang dah master tengok, mesti banyak kelemahan dekat artwork aku. Tapi takpe, itu aku terima,, Sebab ini hasil kerja aku yang pertama.. Dulu-dulu study, amik programming je.. Design mendesign ni memang tak pernah amik. Atleast sekarang ilmu2 teknologi aku berkembang gak.. Ilmu programming pun nampak gaya belum terpadam dalam memory. Buktinya, bolehla aku membantu encik hubby create coding-coding simple untuk kerja dia. Alhamdulillah. Walau kerjaya sekarang lari banyak dari course yang diambil, tapi masih ada yang berguna.. Hope lepas ni ilmu Photoshop ngan Illustrator aku terus berkembang

Ikan pekasam

2 comments:
Ikan pekasam adalah menu pengikat selera. Makan nasi panas ngan ikan pekasam, selalunya akan bertambah-tambah. Tapi tak pasti pula kalau menu ni diberikan kepada generasi sekarang. Mungkin ada yang tak berusik langsung. Penyediaannya pun sangat mudah. Sap sap soi siappp..

Awal-awal dulu aku bukanlah penggemar ikan pekasam, Ingat lagi, kecik-kecik dulu zaman sekolah angah selalu bawa ikan pekasam dari Beseri.. Bila makan mak oiii.. masinnye.. Selalu cuba nak makan, tapi memang tak boleh blah dengan rasanya..

Sampailah aku makan ikan pekasam dekat rumah member aku, Ina.. Perghhh memang syahdu rasanya.. Nasi bertambah kau.. Sejak tu terus jatuh cinta kat ikan pekasam..

Ikan pekasam
Ikan pekasam goreng..

Cara nak buat ikan pekasam ni pun sangat mudah. Kau goreng je ikan ni dalam minyak panas, Agak-agak dah masak atau garing sket masukkan bawang merah, bawang putih ngan cili api.. Nak guna cili kering pun takde hal punya. Tetap sedap.. Haa kan senang je buatnye..  Makan pulak dengan nasi panas..Perghhh kecur air liur aku sekarang..Huhu..


Monday, October 27, 2014

Ikan bakar sedap

2 comments:
Alhamdulillah.. Dapat gak aku buat ikan bakar ni.. Dah lama sangat tak buat. Kali ni dapat gak menggigihkan diri membuatnya..  Sebelum ni aku pernah share resepi perencah ikan bakar kat sini dulu. Tapi dah lama sangat kan. Kali ni aku nak up lagi sekali resepi ikan bakar tapi dengan cara lain pula..

Ingat lagi entry resepi asam pedas ikan jenahak aku yang super sedapp tu?? Haa kali ni rencah ikan bakar aku guna bahan-bahan yang sama aku guna untuk buat asam pedas tu. Kenapa?? Sebab tengok bahan-bahan dia lebih kurang sama je. So kebanyakan bahan nak buat rencah aku takde, so aku olahkan aje mengikut kesesuaian. Lagipun memasak ni kan satu seni. Kena la buat mengikut kesesuaian. Kalau semua bahan ko nak tunggu sampai ada, memang lambatlah nk memasak nye kan.

ikan bakar sedap
Ikan bakar kegemaranku
Bahan-bahan :
  • 2-3 senduk cili kisar 
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia *
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci belacan *
  • Seikat daun kesum* 
  • 1 batang serai - diketuk
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa secukupnya.

Cara-cara : 

  1. Kisar semua bahan bertanda *. Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan-bahan kisar.
  2. Setelah naik bau, masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  4. Akhir sekali, bila rasa dah sebati bolehlah diangkat dan disalut terus dengan ikan untuk dibakar. Hasilnye tetap sama seperti resepi asal. InsyaAllah.

ikan bakar
Ikan bakar dimakan bersama sayur lemak dan ikan pekasam.
Happy bila tengok suami berselera makan.. Almaklumlah dah lama dapur tak berasap.Hehe.. Pada kawan-kawan yang nak cuba resepi rencah ikan bakar ni bolehla try ye,,


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

9 comments:
As-salam

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Sunday, October 26, 2014

Tom Yam Putih

2 comments:
tom yam putih
Tomyam sedap ku

Yahoooo... buat pertama kalinya.. berjaya buat tom yam putih..selalu tomyam merah je.. resepi? Nanti share ye...

Assistant monitor

1 comment:
My assistant.. Dia ajar makan kat meatball station.. Punya ramai umat SMKS9.
Haha taubat tak pergi dah.. 

Saturday, October 25, 2014

Mana lagi muda ??

1 comment:
 Cer teka.. sapa lagi muda??? Haha sudah terang lagi bersuluh kan..


ini budak tahun depan nak naik darjah 3..oppss tingkatan 3

Friday, October 24, 2014

Menabung untuk hari tua

3 comments:
Alhamdulillah.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hasil pelaburan sepanjang tempoh lebih kurang 1 tahun setengah telah selamat dilaburkan ke dalam tabung haji. Walau tak banyak bolehla buat bekal untuk hari tua.. Tak pun dapatla support tambang pergi umrah ngan haji kan. So kawan-kawan, marilah menabung untuk hari tua anda.

menabung
Tabung-tabung yang banyak berjasa.. Tabung haji tu dah jadi sejarah sebab dah dipecahkan.. Susah nak buka.Tapi takpe, tabung atm akan menjadi pengganti next week.
menabung untuk masa depan
Proses mengeluarkan duit syiling.. Yang lain sedang menunggu giliran.
Proses pengiraan telah selesai.. yang duit tak tersusun tu bukan duit Malaysia ye..  tambah 100 lagi jadila 1000..hehe.. Alhamdulillah..
menabung untuk hari tua
Syiling-syiling telah disusun mengikut kategori.
Tabiat aku, walau orang kata tak payah nak kira-kira duit.. pergi bank terus masuk dalam mesin kira diorang. Tapi aku tetap nak kira juga. Sebab baru ada kepuasan bila tengok hasil simpanan sendiri Biarla sakit pinggan duk membongkok tapi kepuasan hasil usaha tu lebih bermakna bagi aku.

Alhamdulillah, tahun ni paling banyak simpanan syiling kami. Selalu hasil simpanan kami lebih kurang 4 hingga 5 ratus je. Tapi kali ni lebih sket. Mungkin penyumbang dari tabung buluh tu kot. Sebab tabung buluh dari start beli yang ni kali kedua kitorang keluarkan. So kengkawan jomlah kita menabung ye. Tak dapat duit kertas, syiling pun jadila.. Lama-lama simpan mesti jadi banyak punya.. Yang penting sentiasa set nak menabung untuk hari tua. InsyaAllah.

** tahun depan hasil tabungan masuk dalam akaun anak plak :) **


Resepi mangga asam boi

3 comments:
Nak bagitau sket.. Sekarang demam jeruk mangga asam boi kan. Hahaha aku pun x terkecuali gak. So nak bagitau aku pun dah buat dah mangga ni.. First time rasa masa kat sekolah. Ada ustazah beli n bagi kitorang makan.. Memang melantaklah kami2 yang duduk belakang tu makan mangga ni saje.. Hasilnye, batuk2 sampai sekarang tak baik-baik.. Lepas tu malam tu belek-belek wall kat facebook ada pulak yang share cara buat mangga asam boi ni.. Apalagi whatsapp kat member n minta dia belikan mangga muda.. Owhh ya masa tu demam mangga asam boi belum muncul lagi..Lepas kami buat tu baru tengok kemain ramai friend yang duk tag jeruk ni.. Siap ada yang dah buat bisnes dahh..

jeruk mangga asam boi
Haa inilah resepi yang jadi viral sangat tu.. Memang mantoppp
bahan-bahan buat jeruk
Ini bahan2 akuplak.. bahan-bahn untuk 6 biji mangga
jeruk mangga asam boi
jeruk mangga sedia untuk disantap
jeruk mangga asam boi
ok dah boleh makan
Aku buat dua kali.. Satu cara yang ini.. Tak letak air.. Just bahan-bahan yang dia bagitau.. Cara kedua aku letak gula, garam ngan cili dalam air panas. Sementara tunggu sejuk tu,  potong-potong la mangga tu. Pastu dah siap tuang lah air bancuhan tu ngan mangga dan asam dalam bekas. Jangan tuang kalau air bancuhan masih panas lagi..kang tak pasal-pasal tak rangup dah mangga ko nanti..

Dan pendapat aku,aku lagi suka yang ada bancuhan air.. lagi terangkat orang kata beb, Hasilnye memang terbaikla.. Aku nak bawa sekolah pun tak sempat. Padahal laki bini je yang makan. Tapi aku tak makan banyak pun. Laki aku yang kemaruk nengoknye.. Tengok tv mengunyah, tengok handphone mengunyah.. Aku plak makan sikit je kali ni.. Sebab dah batuk-batuk kan. Sampai aku naik hairan apsal la dia kemaruk sangat makan jeruk mangga asam boi ni.. 

So kesimpulan yang aku buat, laki aku lagi hantu jeruk berbanding bini dia.. Barulah tetiba flashback kalau dia makan jeruk pak ali tu, memang dia sorang la yang balun.. bini cantik dia ni dapat ciput je atas alasan berpantang kan..hehe. Oklah sape yang suka makan jeruk mangga asam boi ni bolehlah try cara ni ye.. Memang terbaikla.. Kredit kepada penunjuk cara juga. Kalau tak disebabkan picture yang dishare rasanye tak ramai yang jadi rajin nak mengupas kulit mangga tu..Siap dah ada yang jadikan pendapatan sampingan lagi. Thanks ya.

Tuesday, October 21, 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak

No comments:
Yeayyy.. Akhirnye.. Dapat jugak aku buat asam pedas yang super sedap.. Happy tak terkata rasanya.. Lagi-lagi bila tengok en hubby makan tanpa letak kicap.. Nampak sangat asam pedas ikan jenahak buatan tangan aku ni sedap kan..Hehe naik bakul angkat sendiri nampak.. Tapi seriously sedap, dan yang paling best hirup kuah dia je pun best.. Yess.. pas ni leh la buat lagi kan..

asam pedas ikan jenahak
Asam pedas ikan jenahak
Dan aku sangat-sangat berterima kasih pada blogger kak yatie sebab sudi berkongsi resepi asam pedas ni kat blog beliau. Tanpa resepi dari dia, tak mungkin aku boleh buat asam pedas yang sedap ni.. Walaupuas belajar ngan biras n kak ipar cara masak asam pedas tapi tetap x umphh.. Tapi hari ni dengan bangganya aku kata, "Yes, i make it".. Happy kau.. tengah masak pun dah tersenyum-senyum..

Ok tak nak panjang cerita aku share resepi asal dari blogger Sinar Kehidupan ni. Nanti korang boleh try kalau agak2 asam pedas yang korang buat selama ni tak memenuhi piawaian yang dikehendaki..

Resepi asal : (blogger k.Yatie)

Bahan-bahan : 
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - dipotong (aku guna 2 potong ikan jenahak)
  • 2 biji tomato - belah 4
  • secekak daun kesom
  • 1 batang bunga kantan - belah dua  (yang ni aku tak guna sebab tak ada dalam stok aku)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3sb asam jawa, bancuh dengan 1/2 cawan air)  (aku pakai yang pati asam jawa ADABI tu)
  • Garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar : 
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah  (aku x guna bawang merah, gantikan ngan bawang besar je.. so aku guna 2 biji bawang besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar (aku x bakar sebab malas)
  • 1 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dalam 4 cawan
Cara-cara : 
  1. Ikan disiang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah kacau.
  3. Masukkan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. Tambahkan air dalam 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

resepi asam pedas sedap
Asam pedas sedap
Dimakan pula bersama sayur sawi, telur dadar ngan daging dendeng.. Memang terangkat beb..
Bahan-bahan yang aku guna memang 100% dari apa yang tulis di atas.. Dan aku tak tau apa yang menyedapkan asam pedas ni.. Sebab masa menumis pun dah bau yang sangat sedap. Padahal masa tu belum letak cili, daun kesum ngan serai lagi.. Tapi bau dia memang dah ada bau asam pedas.. Mungkin sebab lada hitam kah?? Sebab aku tak pernah guna untuk masak asam pedas. Serai pun tak pernah. So aku pun x tau apa punca kesedapan ni.. Tapi aku berani jamin resepi asam pedas ikan jenahak ni memang terbaik.

Nak bukti??? Nahh.. pagi tadi aku buat cicah ngan roti.. Mana pernah aku makan asam pedas cicah roti.. Selalu makan dengan nasi je.. Dan kuah tu pun aku boleh hirup je dari mangkuk.. Hahaha... x senonoh kan.. Tapi sedap punya pasal, layankan aje..


asam pedas dengan roti
Cicah roti ngan asam pedas
Haishhh.. rasanye banyak kali aku announce tentang asam pedas sedap ni.. Hahaha bukan nye nak riak.. tapi excited kau.. Sebab aku suka makan asam pedas..tapi bila buat tu macam tak puas hati plak rasanye.. Sekali buat guna resepi asam pedas kak yatie memang menjadi la.. Terbaikk... Part yang paling best bila en suami kata, "kalau ayang masak macam ni selalu mesti abang makan banyak", berbanding ayat "sedap, tapi macam ada yang kurang" atau "sedap tapi tak sama macam  si anu bt si polan buat"..   Syukurr :)




Thursday, October 16, 2014

Berkongsi rasa

7 comments:
Berkisar kepada coretan rakan blogger nuyui di sini, dan sini.. Allahuakbar, kadang-kadang Allah tunjukkan jalan bukan di depan kita.. tapi melalui kisah2 orang lain kan..

sumber : google

Sebelum ni, pernah terbaca di dalam group fb, pasangan suami isteri.. lambat dikurniakan cahaya mata, akhirnya Allah makbulkan doa mereka.. si Isteri mengandung.. tapi sayang Allah ambil pula nyawa suaminya.. dan dikala si isteri menunggu hari bersalin seorang diri, rupa2nya anak yang dikandung telah meninggal dunia..

Seorang sahabat Fb, tak sampai setahun usia perkahwinan.. ketika dalam pantang di kampung, rupa2nya Allah telah mengambil nyawa suaminya di rumah mereka. Mujur ada adik yang tinggal bersama.. Rupa2nya Allah hadiahkan cahaya mata pengganti suaminya

Dan kini, baru sehari dua usia perkahwinan, roh suami telah ditarik.. Kebahagiaan bersama suami yang sementara..

Allahuakbar.. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan.. Aku masih punya tulang belakang yang sentiasa menyokong ku, sentiasa memberi bahu ketika ku perlukan, sentiasa menenangkan ketika hati runsing.. Alhamdulillah..Allah masih sayang..

sumber : google
Dan untuk mereka, ye mereka sangat kuat.. Gambaran yang dilihat dari pandangan luar.. Tetapi hati mereka sangat rapuh.. Itu aku tau. Sebab aku pun mengalaminya, walau situasi sangat berbeza.. Tetapi pergolakan dalam hati akan sama.. kenapa dan mengapa?? walau kita tahu jawapannya, hati sedikit sebanyak tetap bertanya..bukan kata mempertikaikan kuasa Allah tetapi itu lumrah manusia,, 

Dan aku, selalu mengambil iktibar kisah-kisah seperti ini untuk terus jadi kuat.. kerana aku masih punya bahu untuk berpaut, masih punya dada untuk meluah rasa.. dan ujian aku tidak sehebat mereka yang terpilih..

sumber : google
Sebab aku tahu, Allah tahu aku mampu hadapinya.. Semoga aku terus redha dalam setiap ujian yang bakal aku hadapi.

p/s: aduiii nangis2 aku tulis ni.. sebab aku tau sangat susah untuk menjadi 'kuat'..

Wednesday, October 15, 2014

Tempat bersejarah : Muzium Sultan Abu Bakar

2 comments:
Perjalanan tak sengaja ke Pekan ketika menghadiri perkahwinan sepupu membawa kami ke Muzium Sultan Abu Bakar. Hanya RM 5 dikenakan untuk masuk ke muzium ini manakala anak kelahiran Pahang RM 4. Untuk pelancong asing, aku tak ingat pula.

muzium sultan abu bakar
Apa kita panggil ye?? Tugu ker?? Ini yang menyambut kedatangan kami di sini..
arca kuda
Arca kuda menggunakan kayu.. 
Sejujurnya inilah penyebab untuk kedatangan kami.Walaupun menggunakan kayu, tp kuda ni nampak sangat hidup.. Di hadapan muzium pula ada arca bangau.. tp terlupa pula nak snap gambar.

Muzium Sultan Abu Bakar ni agak besar jugak.. Jenuh nak berjalan. Aku sebenarnya perlukan masa yang agak lama untuk habiskan jelajah kawasan-kawasan di sini. Tapi sebab masa tak mengizinkan, terpaksala mempercepatkan langkah ke setiap inci bilik pameran. So dekat sini aku postkan sebahagian gambar yang sempat di snap.. Banyak yang diambil menggunakan camera tak berkualiti, tapi sebahagian je aku nk tunjukkan..

galeri sejarah pahang
Bergambar di galeri "Sejarah Pahang". Di tunjukkan gambar-gambar keluarga kerabat pahang.
Antara senjata kerabat diraja


senjata melayu keris
Keris
Penunjuk arah
Muzium Sultan Abu Bakar ni setinggi dua tingkat. Tingkat pertama pula ada 2 wings. Sebelah kiri dipamerkan karya-karya kesenian Islam manakala sebelah kanan pula dipamerkan arkeologi dan sejarah masyarakat orang asli.

kebudayaan dan keseniaan pantai timur
My hubby dengan lukisan kesenian islam.
karya keseniaan islam
Antara karya disini.. Kalau diperhatikan akar-akar pokok ni ada nama Allah kan. Tapi aku kurang pasti sama ada ayat Quran atau nama Allah semata.
kesenian islam
Nampak pusaran putih tu? Itu ialah tulisan Allah ye,,
kesenian islam
Ini pun sama.. Nampak macam awan atau ombak kan.. tapi sebenanya Almaul Husna , nama-nama Allah
Dekat bilik ni aku memang sangat kagum dengan kreativiti pelukis-pelukis yang menghasilkan lukisan seumpama ini.. Tak puas duduk kat sini, tapi sayang masa suntuk tak memungkinkan kami berlama-lama di sini.


So lepas tu bergerak pula ke bahagian arkeologi dan masyarakat orang Asli.

jata negeri
Berehat sebentar bersama kit kat..
arkeologi dan masyarakat orang asli
Kami dah sampai
sewang
Salah satu alat permainan orang asli.. Caranya letakkan tapak tangan di bawah buluh dan akan menghasilkan bunyi.. Tapi jangan tanya aku macam mana bunyi terhasil ye.. Memang tak dapat nak jawab..
sewang
Sewang- alat permainan tradisional orang asli
arca
Arca orang asli


orang asli
hehe takut gak nak pegang.. Cam orang betul je rasanya. Padahal dari kayu je
orang asli
menyumpit
Kebahagian arkeologi pulak kite.  Dekat sini banyak juga artifak yang dipamerkan tapi tak termampu pulak nak ambil gambar satu-satu.. Yang best kat sini, ada game crossword puzzle tau.. Haha memang leka la kalau duk main kat sini.. Hehe tapi kalah juga akhirnya.. Masa yang diperuntukkan tamat.

gendang dongson
gendang dongson
gendang dongson


batu nisan
Batu nisan bukti kedatangan Islam di Pahang
kedatangan islam
Keterangan kedatangan Islam
Bahagian arkeologi dan orang asli ni memang best. Banyak lagi arca-arca orang asli yang dipamerkan . Artifak  pun turut ada. Yang paling best haruslah sebab ada sewang dengan crossword puzzle kan. Hehe.. oklah.. kita jumpa lagi dekat entry Muzium Sultan Abu Bakar part 2 ye. Kang post semua kat sini muak pulak korang nak baca..