1.  Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi  jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut.  lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab  mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah  dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan  berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum  orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5.  “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika  membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api  neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan  mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan  memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7.  “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang  dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas  tahta di hari akhirat.”
8.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian  dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya  ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar  dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9.  “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,  menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,  Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut  mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan  dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10.  Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan  janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan  memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah  baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah  taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan  dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11.  Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah  agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12.  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan  kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih  awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari  dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan  suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi  Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu  memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan  dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14.  Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,  cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15.  Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang  kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati  perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau  dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita  solehah.
*renung2kan dan selamat beramal*
*renung2kan dan selamat beramal*

No comments:
Post a Comment