Post Terkini

Tuesday, January 6, 2015

Percutian singkat ke Perak

Awal bulan 12 haritu, aku n somi, mak abah ngan family angah g jalan2 ke Perak. Ada apa kat Perak?? Saje jalan2 g rumah along aku.. Aku pun plan last minit..Asalnye x nak pergi, tapi disebabkan mood yang weng weng, aku ajak somi aku join diorg.. Dia apa lagi, ikutkan saje bini dia yang berduka lara ni. Tapi aku tau, hati dia lagi pecah bak kata terhempas ke batu.. So pas somi balik keje, Jumaat malam tu terus gerak ke Ipoh. Sampai sana dalam kul 1 pagi kot..Diorg pun sume dah tdo.. So sampai2 terus membuta..ZZZZzzzzz..

Esoknya, bangun awal2 pagi terus bersiap2 nak g bekfes.. Kat mana nak bekfes?? Haha aku pun x tau nama tempat tu. Tapi kat sini memang favourite along n abang ipar aku.. Katanya nak bg test try roti goyang.. Bergoyangkah roti tu?? Jomm kita tengok..

Nak g kedai, kena naik tangga ni.. Macam ada construction kan.. X silap aku bangunan tu mahkamah..Diorang tengah renovate.. Gerai tu kat bahagian yang ada pokok tu je 
Antara bangunan2 dan mercu tanda yang akan korang nampak bila berada di sini. Aku suka kat sini sebab bangunan dia semuanya klasik. Cantik kott
roti goyang, mee kicap
Ok, ini bekfes aku.. mee kicap ngan roti goyang.. Nyum nyum..

Dah siap sarap n borak-borak, kitorang gerak pula ke kuala sepetang. Apa ada kat sana aku pun x tau sebenarnya. Aku ikut je jejak along n abang Bilal. Tapi dengarnya angah aku nak cari seafood. Dia tu memang, pergi mana2 pun itulah yang di carinya.. Beli banyak2 pastu masak n makan ramai2.. Tapi aku suka je, haha mahal kot seafood.. Tapi dengan angah aku, pejam mata je dia membeli. Murah rezeki ko ngah.. Alhamdulillah.. Tapi masa kitorang cari tu. ikan2 sume belum naik lagi pun..So cancel plan


Helang, jeti
Di Kuala Sepetang. Ada helang tersangkut..
Rupa2nya kat sini boleh naik bot keliling kuala tu.. Haha aku dah excited nak naik ni. Biasalah aku kan suka benda2 yang dekat ngan alam ni..
Tengah tunggu bot sampai
Tengok tu..ceria je aku kan..
Jeti
Bangunan berhadapan jeti..


Yeayyy dah sampaii..
Tapi malangnye, ada accident berlaku.. Budak yang bawa bot terlanggar bot kat sebelah dia.. Tapi masa tu penumpang sume dah naik ke jeti dah.. Abah aku apa lagi, la, dia yang memang dari awal tak nak naik terus cucuk jarum la. Tak selamat la, budak yang bawak la.. Stress oo mak.. Last last x naik pun.. Haha kecewa aku laki bini.. Sebab kitorg suka aktiviti mcm ni, baru namanye bercuti. Xdela g bercuti makan, makan dan makan je.. Huhu.. Cakap ngan laki aku, sini tempat wajib singgah kalau kitorg datang sini lagi.. Hehe.. tapi kena tanpa abah la kan.. Kalau tak, memang x dapatlah..

Perut pun still kenyang lagi, tapi memandangkan kat sinilah yang glamour dengan mee udang mak jah  tu so haruslah terjah kan. Kitorang sampai dalam kul 12. Memang takde orang masa tu. Clean n clear dari pelanggan. 
Papan tanda.. Dah kelabu asap dah
Sementara tunggu order.. Inilah yang dinamakan anti sosial.. Hahaha sambil bercakap mata ke handset.. 
Mee udang mak jah
2 menu yang kami order.. Mee udang dan mee ketam
Pendapat aku??  Aku tak taula apa special nye mee udang ni seperti yang diwar-warkan. Rasa dia cam tawar je.. Haha mujur aku x order mee udang.  Laki aku agak kecewa la.. Dia kata sebab special dish kat sini,  patutnya rasa dia sepadanla dengan kedudukannya.  Aku plak order mee ketam. Takdelah sedap sangat. Tapi cukup rasalah bagi aku. Manis ketam tu terasa ngan kuah-kuah dia. Memang licinlah aku duk menghirup kuah. Mee nye pun abis. Ketam apatah lagi kan.  Then bila aku tengok laki aku x  abis makan, aku pun kengkonon nak tolong la perabih.. Sekali, memang x sama weh rasa kuah mee udang tu.. Manis udang tu tak serap langsung kat dalam kuah. Ingat tekak aku je, suruh mak try, mak pun mengiyakan. Suruh kak su try tekak dia pun sama je..  So kalau nak makan mee udang kat sini aku mmg x suggest la. Tapi kalau mee ketam takde hal.. Haha abah aku lagila, dok la membebel2 sampi dalam kete..Hehe abah tang makan memang cerewet yang amat. Kalau tak kena ngan tekak dia, memang kena tahan telinga la..


Dah abis makan mee udang, kami makan cucur udang.. Yang ini memang terbaik..sedapp kau.. Tapi sebab perut dah penuh ngan kuah mee ketam, x larat aku perabih.. Mujur beli sepinggan je. Sorang sikit makan.
Perut pun dah kenyang, so ke mana pulak kita?? Cadangan on the spot.. Jom Penang... Terus dipersetujui oleh Kak su dan jommm gerak.. Request nak lalu Jambatan ke dua diterima abang Bilal.. So moh la kite..

Next entry..








2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Jalan2 isi perut ni. Hihi

AnneRaini said...

dh byk kali dgr org ckp mee udang mak jah tu dh xsedap.. byk lagi mee udang lain yg sedap.