Post Terkini

Sunday, January 23, 2011

Perencah ikan bakar


Ok..di atas ni adalah ikan bakar.. dan telah disaluti rencahnya yg sgt superb.. idea asal ialah daripada my k.lang yg mmg sgt berbakat dalam masak memasak ni..

bahan2:

2 senduk cili kisar (aku guna yg instant punya..brand puteri)
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
6 tangkai serai (serai aku halus2, so kalo serai agak gemuk leh la letak tiga je)
halia (ikut suka, aku guna dalam 3 ruas gtu)
belacan (ikut suka)
daun limau purut (ikut suka, sbb nak bg aroma dia naik)
garam secukup rasi
air asam secukup rasa
gula melaka/kabung

so mula2 sekali kisar kan bwang putih,bwng merah, serai, belacan, daun limau purut sekaligus.. pastu tumiskan cili kisar td smpai garing.. agak2 dah garing bolehla masukkan bahan kisar.. pastu masukkan garam, air asam n gula melaka.. nk letak gula biasa pun boleh gak.. ok kemudian siap utk dijadikan bahan perap bersama ikan kesukaan korg.. kalau ada lebih bolehlah dibuat pencicah sekali atau disimpan utk masakan seterusnya.. ok cubala ye
Post a Comment