Ok entry kali ni penuh gambar ye.. Sila jangan muntah .. Lepas subuh je terus tak tido.. Padahal nak menanti ke pukul 8.30 tu punyela lama. Subuh diorang kan awal. Nak tido balik takut terlajak. So mandi siap slow-slow pastu kejut en suami.. Kul 8.30 turun lobby tunggu agen pick up.. 8.45 am lebih kurang agen kami pun sampai dan dibawa ke pantai Ao Nang. Dekat situ kami dipecah-pecahkan kepada kumpulan mengikut pakej masing-masing.
Aonang Beach |
Sementara tunggu group member cukup |
Group lain dah start masuk kat dalam bot. |
Tour guide kami |
Naik speedboat terus cepat-cepat duduk kat depan. Open air gitu.. Mula-mula perjalanan memang syok abis. Masing-masing tak bercakap. Khusyuk tengok keindahan ciptaan Tuhan. Feeling habis. Yang nilah baru betul honeymoon. Yang duduk kat depan tu kitorang 3 couple. Malaysia, Holland ngan Perancis. Tambahan sorang lagi single dari German kalau tak silap.
Rai Lay Bay |
Oleh sebab sekarang high season, tour guide (TG) kitorang bawa tak ikut prosedur. Sebabnya tak nak mengalami kesesakan dengan bot-bot lain. Dan memang sangat bagus tindakan dia. Kenapa?? Sebab i pun tak suka tempat crowded sangat . Sesak nafas rasa. Lagipun TG dah berpengalaman 10 tahun. Dia pun cakap dah bosan dah pergi pulau. Mau tak bosan, hari2 pusing island kan. Kalau aku pun muntah hijau. Sekali sekala tak pelah.
Bamboo Island
Destinasi pertama kami. Dari kejauhan dah nampak pemandangan menakjubkan. Warna air laut yang berbeza. Pulau pertama. SubhanaAllah.. Sangat cantik.. Memang cantik. Kagumlah aku. Bamboo island ni kalau ikut nama ada buluh kan. Tapi seharam habuk pun aku tak nampak. Ok dekat sini korang boleh la nak mandi ke nak berjemur ke. Tak de hal lah.. Tapi kitorang jalan-jalan je. Macam panas je nak mandi kat sini. Mat-mat Salleh ramai lah. cuci mata laki ku tengok. Aku pun cuci mata gak.. Hahaha...
Kesian kat kitorang kan. Pergi berdua, ambil gambar syok sendiri jelah. Tapi memang kat sini sangat best. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Keterujaan tu tak dapat digambarkan.
Barulah ada yang sudi nak ambil gambar kitorang laki bini. |
Pokok ru yang tinggi melangit. |
Tsunami Hazard Zone. Tak dapat imagine masa kena tsunami dulu. Iyelah pulau kan. Tenggelam terus atau macam mana ke air lalu je?? Hmmmm... |
Dekat sini ada gerai kecik. Mahal gila. Tapi memandangkan sebelum gerak ke sini, en suami tak bekfes so pejam mata je la beli potato chips 60THB. Mujur air agen sediakan.
Monkey Bay
Lepas Bamboo Island kami dibawa ke Monkey Bay pulak. Datang-datang terus nampak monyet sedang kerumun pelancong-pelancong yang datang . Besar-besar monyet nye.. Tapi x ambil pun gambar.. Sebab excited nak mandi kan.. Aktiviti di sini ialah snorkeling and exploring.
Jernih gile air.. Macam best je, macam nak terjun je |
Aku gaya je lebih tu. Padahal dah berpaut tangan kat jacket en suami. Dah terapung masa ni. Kaki ni pun makin naik kat atas. Memang tak sangguplah rasa.. Lagi-lagi dengan air dia yang masinnnnn gilerrrrr tu. Ntah berapa liter la aku telan.. |
Masa ni dah surrender dah. Dah naik boat pun. Ambil gambar en hubby dari atas boat. Cukup 40 minit semua dipanggil naik atas. Ke phi-phi don plak kite ye. |
Phi-phi don island
Phi-phi don ni tempat persinggahan makan je sebenarnya. Bukan bayar ye.. FOC saja.. Hmm sebenarnya bayar lah jugak kan tapi dah masuk dalam pakej. Halal ke tidak??? Jangan risau kitorg dah tanye agen dah. dan dia kata mmg pakej kat sini Muslim yang masak. Alhamdulillah.. Makanan??? Pada aku sangat sedap.. Lebih kurang malaysia je.. Gambar tak ambil sebab dah kebulur sangat.. huhu.. Tapi masakan dia memang kena dengan tekak kampung aku ni.. Lagi-lagi Tomyam... Perghhhh memang mantappp.. 3 mangkuk kot aku hirup..
Kolam renang khusus untuk pengunjung yang stay di sini sahaja. |
Penuh dengan bendera Thailand. |
Di salah sebuah guest house di sini |
Hai la bang, pantang jumpa kucing |
Cukup 1 jam dekat sini kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Dan bermulalah perjalanan yang adventure.. Huhu menakutkan..
Adventorous journey
Yang ni tak termasuk dalam pakej ye, tapi ada dalam pakej.. Mula-mula memang best duduk kat depan bot.. Damai je.. Feeling-feeling titanic tapi tak berani la nak berdiri kan. Speed boat la katakan.. Sekali dua hadap ombak tinggi ok lagi.. Kitorang masih lagi gelak-gelak. Sekali tu, Allah Akhbar.. Mengucap banyak-banyak. Ombak tinggi-tinggi. Berkali-kali kitorang terhentak. Masing-masing memang dah pegang besi kat tepi tu kuat-kuat.. Aku pun sampai kadang-kadang rasa nak tercampak je kat laut.. Memang mengucap panjang la masa ni.
Kemuncaknye, mat Saleh Perancis tu terjatuh. Terus diorg slow kan bot n suruh kitorang masuk ke dalam. So kami semua masuklah. Yang tinggal si Edward ngan awek dia. Mmg berani la dia. Tapi TG kami kata, semalam lagi hebat. Ombak sampai 3 meter.. Huhu tak dapat bayangkan.. Dia kata bila macam ni sebenarnya bahaya pada badan. tulang belakang kita. Ada kes yang patah tulang belakang. Huhu takut gak dengar cerita.. Tapi alhamdulillah selamat. Sebab tu kalau sesapa yang pregnant dilarang naik speedboat ni. Long tail oklah kot.
Viking Cave
Akhirnya sampailah kami dengan selamat ke Viking Cave ni.. tengok dari jauh je. Itupun sekejap sangat. Tak sampai 5 minit kot. Nak ambil gambar pun x sempat. Sipi-sipi sempatlah. Viking Cave ni takde nama tau. TG pun tak tahu nama pulau ni.. Memang kerajaan Thailand tak bagi nama. Nak masuk pun tak boleh sebab pulau ni adalah kawasan yang dilindungi.
Pileh Bay
Pileh Bay adalah laluan sebelum sampai ke Maya Bay. Dekat sini kita akan melalui lagun yang sangat cantik. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Masa ni kitorang dah tak dengar dah apa TG cakap. Sebab masing-masing terpegun dengan kecantikan kat sini. Sangat sangat cantik.. Yang dengar dari mulut mat Saleh mat saleh ni ialah woowwww.. SubhanAllah..
tengoklah air dia biru je.. |
Biru kan.. |
Nampak tangga tu. Kalau dari Maya Bay korang boleh sampai ke sini dengan berjalan kaki. Tapi aku tak pergi pun. Sebabnya tak sempat kot. Sekejap je kat sini. |
Hubby dah excited nak mandi. tapi aku ajak bergambar dulu. bukti |
Bergambar dekat tepi2 dulu.. Lepas tu..zasssss campak camera semua.. jommm mandi..
Dalam kesemua pulau yang kitorang pergi, Maya Bay lah pulau yang paling cantik sekali. Air dia sangat jernih sampai ke tengah. Pasir dia sangat halus. Memang tak puas dekat sini. Lagi-lagi orang tak crowded. Kalaulah pergi sendiri mau berejam dekat sini. Memang best giler. Padan lah dengan status dia pulau tercantik di dunia. Tempat ke 19 tu seluruh dunia. Tapi malaysia lagi ranking tinggi. Pulau perhentian kecil kita tempat ke 13 ye.
Loh Samah Bay
Destinasi terakhir kami. Untuk aktiviti snorkeling. Tapi aku maaflah tak berani. takuttt.. En hubby pun tak join juga. Tak de geng katanya.
|
So berakhirlah Phi Phi Island tour kami untuk hari ni. Sampai Aonang cadangnye nak suruh diorang hantar balik hotel dulu, tapi last minute kami decide jalan-jalan dulu. Nanti balik hotel rehat-rehat kejap malam baru keluar semula.
Entri berkaitan :
5 comments:
Banyak bay kat sini cantik terutama pileh bay...syoknya!
woww..subhanallah cantiknya air..bestnya snorkeling tu muzai..alahai mcm kena pergi je tmpt ni..hehe :)
memang cantik.. ni pun teringin nak g lagi. kemaruk nak snorkeling walau tak pandai. orang kata practise make perfect kan.. :)
nak tanya kalau pregnant women dierang bawa x. baru 5bulan pregnant. syg nya tiket beli lama dah.
sorry @bunga lily... lambat respon.. Pregnant woman memang tak digalakkan naik bot.. terhentak2 kan.. kalau dpt ombak tinggi lagi sakit
Post a Comment